fbpx

Kad Sudah Diedar, Elfira Loy Bakal Nikah 1 Januari 2019?

Selepas 3 bulan mengikat tali pertunangan pada 2 September lalu, pelakon Elfira Loy dan pasangannya Faris Khairol Anuar dikhabarkan sudah sepakat memilih tarikh 1 Januari 2019 untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka.

Menurut portal Astro Gempak, ada sumber terdekat memaklumkan bahawa kad jemputan sudah mula diedarkan kepada ahli keluarga terdekat serta sahabat handai kedua belah pihak.

BACA: Kongsi Gambar Tunang, Ramai Puji Kacak Mirip Fattah Amin

Lebih mengukuhkan lagi, baru-baru ini, Datin Seri Umie Aida ada mendedahkan bahawa Elfira dan tunangnya yang juga pengurus besar syarikat telekomunikasi itu bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Dalam pada itu, sebelum berangkat ke Australia, Elfira ada memuat naik gambar berserta status menerusi Instagram memberitahu bahawa dia sangat teruja untuk berkongsikan segalanya apabila dia kembali ke Malaysia kelak.

Mungkinkah perkara yang akan dikongsikan itu adalah berita perkahwinannya? Apa pun jika ianya benar, semoga segala persiapan dan juga perancangan ke arah membina rumah tangga bahagia pasangan ini dipermudahkan.