Kalau sebut K-drama dan mi segera Korea, memang dua-dua ni ada tempat istimewa dalam hati rakyat Malaysia!
Bayangkan korang sedang menonton K-drama romantik dengan latar belakang salji yang memutih di Busan. Kisahnya pula antara dua insan dengan personaliti berbeza, bertemu dalam satu pertandingan, dan tanpa disangka, perasaan mula berputik.
Bunyi macam tipikal K-drama, kan? Tapi kali ini, ia bukan dari Korea sebaliknya, ini adalah Salju di Busan, K-drama TikTok Malaysia yang bakal ditayangkan bermula 3 Mac 2025.
Salju Di Busan ialah drama 9 episod yang dibintangi oleh Khai Bahar dan Wany Hasrita, duta jenama NONGSHIM Malaysia.
Sikitlah, kita kongsikan sinopsis ya…
“Kisah ini mengisahkan Hanna, seorang influencer mukbang yang tiba-tiba tewas dalam NONGSHIM Spicy Ramyun Challenge kepada Omar, peserta ‘underdog’ yang tak disangka-sangka. Kemenangan Omar membawanya ke Busan untuk bertanding di peringkat akhir, tapi Hanna ragu-ragu dengan kemampuannya menahan pedas. Namun, apa yang bermula sebagai persaingan akhirnya membawa kepada sesuatu yang lebih bermakna persahabatan, semangat kesukanan, dan momen menyaksikan salji turun di Busan.”
Korang mesti terujakan, dan tak sabar nak tengok?
Bukan itu sahaja, Tak sahlah drama tanpa OST yang menusuk jiwa! Salju Di Busan menampilkan lagu tema romantik, Makan Cintaku, nyanyian duet Khai Bahar dan Wany Hasrita. Lagu ini memang wajib masuk playlist korang tau!
Tak cukup dengan drama, NONGSHIM Malaysia turut melancarkan TikTok Shop rasmi mereka! Jadi, sambil menonton Salju di Busan ini, korang boleh terus beli mi segera kegemaran di TikTok Shop NONGSHIM Malaysia.
NONGSHIM SHIN Ramyun bukan jenama asing lagi bagi pencinta mi segera, terutamanya yang gemar akan kepedasan yang menyengat.
Kali ini, mereka hadir dengan sesuatu yang lebih padu iaitu NONGSHIM SHIN Ramyun Toomba. Nama ‘Toomba’ ni diambil daripada trend viral sejak 2016, di mana peminat mi segera campurkan SHIN Ramyun dengan susu & keju untuk rasa pedas dan lebih lemak berkrim. Dah tak payahlah nak beli susu & keju, beli je SHIN Ramyun Toomba ni! Ia bukan sekadar mi segera biasa, tetapi sesuatu yang akan membuatkan korang terus craving selepas mencubanya.
Jangan risau, SHIN Ramyun Toomba disahkan HALAL! Kini boleh dibeli di kedai serbaneka, pasar raya utama, dan TikTok Shop NONGSHIM Malaysia.
Jadi, jangan lupa untuk Tonton Salju Di Busan di TikTok NONGSHIM Malaysia mulai 3 Mac 2025 dan kunjungi TikTok Shop NONGSHIM Malaysia untuk tawaran menarik!
Untuk info lanjut dan update terkini boleh layari Facebook: NongshimMalaysia, Instagram: @nongshim_malaysia dan TikTok: @nongshim_malaysia.