fbpx

Justin Bieber Penghibur Remaja Paling Kaya, RM158 Juta Untuk Tahun 2010

Suka atau tidak, bintang pujaan anda semua ini memang bertuah menjadi seorang penghibur.

Menurut laporan majalah People US yang menjalankan kajian, Justin Bieber yang baru berusia 17 tahun di’nobatkan sebagai penghibur paling kaya di Hollywood.

Untuk tahun 2010/11 sahaja, Justin Bieber di’laporkan berjaya membawa masuk lebih US$53 juta (RM158 juta) ke’dalam poket seluar.

Sebahagian besar angka itu di’sumbangkan oleh filem besar Justin Bieber, Never Say Never dan wangian popular beliau Someday selain pendapatan dari konsert & iklan.

Sebagai perbandingan, kekasih hati beliau Selena Gomez memperoleh US$5.5 juta sepanjang tahun 2010. Pasangan muda jutawan, we’re jelly.

Penghibur remaja paling hampir dengan pendapatan Justin Bieber ialah Miley Cyrus dengan US$48 juta yang kebanyakkan’nya datang dari konsert jelajah beliau.