fbpx

“Just For Fun, Jangan Asyik Cari Kesalahan Saya”

Dikecam gara-gara merampas mikrofon salah seorang peserta I Can See Your Voice Malaysia, Sabtu lalu, Haqiem Rusli menegaskan tindakannya hanya berseronok dan meminta orang ramai berhenti mencari kesalahannya.

BACA: Rampas Mic Peserta, Haqiem Rusli Dikecam Berlagak Poyo

“Netizen jangan terlalu nak mencetus sangat fasal program itu. Kita nak have fun sahaja. Jangan terlalu negatif, jangan terlalu nak cari kesalahan saya. Terima kasih,” jelasnya kepada m Star Online.

Menerusi video yang tular, Haqiem naik ke pentas ketika peserta itu sedang menyanyi, serta merampas mikrofon dari tangan individu terbabit. Ramai menganggap tindakan itu sebagai kurang ajar.

Bagaimanapun ada juga peminat mempertahankan tindakannya, menjelaskan Haqiem berbuat demikian diatas pemintaan ramai. Menurut Haqiem, ramai tidak memahami konsep program itu menyebabkan mereka berfikiran negatif.

Terdahulu, Haqiem turut dikritik hebat oleh orang ramai apabila membuat ‘gimik’ ingin berhenti menyanyi dan mendedahkan dirinya mengalami ‘depression’ hanya kerana ingin mempromosikan lagu baru.

Harap Haqiem bersabar dengan dugaan sebagai insan seni. Dalam masa sama, Haqiem boleh belajar apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak. Jadikan segala pengalaman pahit yang terjadi sebagai semangat ya. (rtky/w)