fbpx

Ebit Lew Doakan Kandungan, Intan Ladyana Sah Hamil

Spekulasi mengenai pelakon Intan Ladyana kini berbadan dua terjawab apabila suaminya, Harris Alif memuat naik pendakwah popular, Ebit Lew mendoakan kandungan Intan.

Menerusi video dikongsikan itu, Ebit turut mendoakan rumah tangga pasangan itu kekal bahagia serta dikurniakan zurat yang soleh dan solehah.

BACA: Intan Ladyana Sedang Hamil?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)

“Semoga Harris dan Intan sentiasa bahagia sampai bila-bila, mati pun tak dapat dipisahkan sampai ke syurga Firdaus.

“Mudah-mudahan selamat insya-Allah kandungan anak soleh solehah, zuriat sampai kiamat dan berbuat kebaikan atas dunia ini. Insya-Allah.. Allah sayang,” katanya.

Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada peminat yang teruja dengan perkhabaran tersebut serta tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah.

Terdahulu, tular video jelas kelihatan bentuk baby bump pada bahagian perut Intan. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada pengesahan daripada pasangan itu.