fbpx

Jurukamera Sempat Rakam Aksi Dirinya ‘Diserang’ Pemain Croatia

Perasaan gembira terpancar di wajah pemain bola sepak Croatia yang meraikan kejayaan mereka selepas menjarikan gol kedua kepada England pada separuh akhir Piala Dunia.

Rata-rata pemain Croatia melompat ke atas badan rakan sepasukan mereka dan siapa sahaja yang berada dekat dengan mereka bagi meraikan kemenangan yang berpihak kepada pasukan ini.

Bagaimanapun situasi kegembiraan yang tidak dapat dikawal itu membuatkan seorang juru kamera terperangkap dalam kelompok pemain Croatia.

Hal ini terjadi apabila salah seorang pemain pasukan tersebut meluru ke arahnya dengan gembira.

Seorang jurukamera yang dikenali sebagai Yuri Cortez, bekerja untuk AFP Mexico seperti biasa akan ditempatkan di tepi padang bagi merakam detik indah dalam perlawanan itu.

Cortez yang tidak mahu terlepas untuk merakam detik gembira itu meskipun beliau berada dalam keadaan di bawah pemain Croatia, bertindak mengambil gambar pada jarak yang dekat dan akhirnya memberikn hasil yang sangat memuaskan.

Perkara ini mendapat perhatian agensi berita AFP yang memuat naik foto itu di Twitter berserta caption “Inilah keadaannya bila anda berada dengan pemain Croatia yang meraikan #WorldCup.”

Bagaimanapun agensi berita itu memberi jaminan bahawa jurukamera itu berada dalam keadaan baik: “Jangan risau, Yuri dalam keadaan baik.”

Cortez juga tidak melepaskan peluang merakamkan saat-saat seorang pemain menghulurkan tangan untuk membantunya bangun dari padang.