Jumpa Kali Pertama, Artis Terus Lakukan Amang Seksual

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor sudah merakam percakapan seorang pelakon dan penyanyi lelaki yang didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan.

Memetik Harian Metro, Ketua Polis Selangor Datuk Hussien Omar Khan berkata suspek baru pertama kali melakukan amang seksual terhadap mangsa.

BACA: Artis Terkenal Ditahan Disyaki Cabul Remaja 17 Tahun

“(Itu) kali pertama (suspek) bawa mangsa ke hotel, mereka sudah berkenalan dan berhubung dianggarkan dalam satu dua bulan, itu kali pertama mereka jumpa.

“Siasatan mendapati mangsa masih belajar, suspek sudah ditangkap dan percakapan (suspek) sudah dirakam, buat masa ini diberi jaminan polis. Kertas siasatan hampir lengkap dan kita akan rujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Beberapa hari lalu, seorang pelakon dan penyanyi terkenal ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksuak terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun.

Mangsa dikatakan berkenalan dengan artis terbabit di sebuah kafe tempatnya bekerja dan selepas beberapa kali pertemuan suspek kemudian membawa mangsa bertemu di sebuah hotel.

SUMBER: Harian Metro

×