fbpx

Juliana Evans Umum Hamil Anak Pertama

Hampir dua tahun berkahwin, tahniah diucapkan Juliana Evans dan suami yang bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.

Menerusi entri terbaru, Juliana Evans telah berkongsikan berita gembira kepada umum. Turut dikongsikan fotonya memegang ‘baby bump’ yang semakin jelas kelihatan. Difahamkan usia kandungannya itu kini mencecah lima bulan.

Diruangan komen, rakan-rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan agar kandungan membesar dengan sihat serta semoga segala urusan dipermudahkan. Malah ramai yang memuji Juliana yang semakin berseri-seri dan tetap cantik meskipun berbadan dua.

Juliana berkahwin dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada April 2017. Tahniah sekali lagi kami ucapkan. Semoga proses kehamilan Juliana dipermudahkan segala urusan dan gembira menikmati pengalaman ini.