fbpx

Juliana Evans Tersenarai Sebagai Individu Berjaya Di Malaysia 2021

Pelakon, dan pengacara jelita, Che’ Puan Juliana Evans tersenarai di dalam buku ensiklopedia Britishpedia sebagai antara Individu Berjaya Di Malaysia 2021.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Juliana Evans turut berkongsikan foto bersama buku tersebut yang memaparkan wajahnya.

BACA: Sambut Hari Jadi Suami, Juliana Evans Beli Barang MR DIY Sahaja

Juliana berkata sepanjang pandemik Covid-19 dia mengusahakan perniaaan, Jevans Jewelry dan megnakui seronok bekerja dari rumah.

“Ini adalah satu pencapaian sepanjang 2021 buat saya apabila menjadi individu yang tersenarai sebagai Individu Berjaya di Malaysia 2021. Terima kasih kepada Britishpedia.

“Sepanjang dua tahun pandemik ini berlaku, saya berikan tumpuan penuh kepada perniagaan saya, Jevans Jewelry yang mana, saya kini seronok bekerja dari rumah,” katanya.

Dalam entri tersebut, Juliana turut menitipkan pesanan buat pengikut dan masyarakat di luar sana untuk terus fokus dan bersemangat mengejar kejayaan.

“Apa yang ingin saya tekankan, dalam kehidupan bermasyarakat, ada kalanya kita akan dihakimi. Nasihat saya, diam, tutup sebelah mata dan fokus kepada diri sendiri sehingga berjaya.

“Hanya anda sahaja yang tahu betapa kerasnya anda bekerja dan berapa banyak usaha yang anda lakukan untuk meraih kejayaan. Jangan biarkan orang lain jatuhkan semangat anda,” katanya.

Britishpedia adalah material yang diterbitkan dan berkisar mengenai biografi tokoh-tokoh serta personaliti yang berjaya.