Juliana Evans Tersenarai 100 Wanita Paling Cantik Di Dunia
Dinobatkan antara 100 Wanita Paling Cantik 2020 (Top 100 Most Beautiful Woman) berdasarkan dalam satu undian yang dilakukan laman web Starmometer, Juliana Evans tidak menyangka namanya termasuk dalam senarai berkenaan.
Menurut Juliana, dia sendiri tidak tahu menahu tentang undian tersebut dan turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang mengundinya.
BACA: Juliana Evans Dermakan Susu Badan Di Mekah
“Alhamdulillah, ada yang sudi mengundi saya dan mesti mereka adalah orang-orang Malaysia. Jadi, saya ambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada yang sudi mengundi,” katanya kepada Harian Metro.
Pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu berkata, dia lebih memilih kecantikan semula jadi dan tumpang gembira apabila ada orang yang menghargai dengan kecantikannya.
“Saya orang yang percayakan kecantikan semulajadi. Jadi, bila ada orang yang menghargai, saya tumpang rasa gembira.
“Apabila usia meningkat, saya tak terlepas daripada berdepan garisan dan kedutan serta masalah kulit yang lain. Namun, itu tak menjadi masalah buat saya,” katanya.
Menerusi undian itu, Juliana berada di tangga ke 72 mengatasi beberapa selebriti Hollywood Emma Stone di tangga ke 75, Taylor Swift di tangga 76 dan Amanda Seyfried ke 78.
Menduduki tangga pertama ialah pelakon Korea Selatan yang popular dengan siri Crash Landing On You, Son Ye-Jin.
- SUMBER
- Harian Metro
Antata lelaki terhensem d malaysia plak
1.Aeril Zafrel
2.Fattah Amin
3.Shukri Yahya
4.Syafiq Kyle
5.Isa Khan
6.Asharaf Muslim
7.Izzue Islam
8.Abang Zul Arifin
9.Abang Alif Aziz
10.Abang Zain Saidin
Senarai10 lelaki terkacak di kokding takde?
Ye ye je undian ni . Aku tengok ramai perempuan tepi jalan seribu kali ganda lagi lawa dari Son ye jin tu …
Top 10 lelaki kacak.
1. Aiman Hakim Ridza
2. Aiman Hakim Ridza
3. Aiman Hakim Ridza
4. Isa khan
5.Dini Azan Schatzmann
6. Syafiq kyle
7. Aedy Ashraf
8. Bront palarae
9. Nazim Othman
10. Ariz lufias
Lol.. Peminat eman akim ke ain.. Better alif aziz sbb dorang kn hmpir sama.. Yg penting abang isa yg mcm arab tu ada dlm list
Tp nazim n dini n Ariz tu jmbu sgt. Ko ni minat laki kpop rupenye ain
kalau tangga pertama pun son ye jin mmg xleh pakai ah senarai ni. x lawa pon. byk lg pompuan lawa kat venezuela, lebanon, palestin, bosnia, russia, ukraine etc etc. korea badan leper mata sepet org asia jer minat
Senarai artis laki2 mlysia utk tarik audience: dan jika bg watak dan story yg sesuai.
Ini susunan random. Ada yg patut buat edisi comeback juga.
1.Aeril Zafrel
2.Fattah Amin
3.Syafik kyle.
4.. Zul Arifin
5. Alif Aziz
6. Zain saidin
7.. Aiman Hakim
8.Dini Azan.
9.Bront palarae
10 Nazim Othman
11. Adiputra
12.Remy S
13. Shamsul Yusof
14. Edika yusuf
15. Aaron aziz
16. Hafiz rosdi
17. Mass khan
18. Iqram dinzly
19. Hans isaac
20. Eizlan yusof
Selena gomet… Excuse me… Shukri yahya izzue azlee khairi need to top 5… Shukri lg laku weyy.. Dr liff aziz tu
Jgn lupa fikree ibrahim puriz n humhaqqeem saharul jalil pn laku dr aliff aziz
Hrp next year isa khan menang pelakon tv lelaki popular #tiber
Encik epol, betul2 mcm undian yg mengarut pun ade..hahaha..nk tergelak tgk yg position atas sekali..so yg setakat no 72 tu, hurmmm……
serious number satu tu Son Ye Jin? dah pergi tengok perempuan Russia nama Dasha Taran? kalau Juliana Evans dlm list mmg tak terkejut sebab dia memang cantik pon.