fbpx

Juliana Evans Selamat Bersalin Anak Kedua

Pelakon Che Puan Juliana Evans selamat melahirkan cahaya mata kedua bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada Sabtu.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Juliana menerusi di Instagram miliknya meluahkan rasa syukur di atas kelahiran cahaya mata kedua.

“Alhamdulillah saya kini seorang ibu kepada dua orang anak,” katanya.

Menerusi perkongsian itu, Juliana turut berkongsikan wajah anak kedua anaknya untuk tatapan peminat di media sosial.

Untuk rekod, Juliana mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah al-Hajj pada April 2017. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah kini berusia empat tahun.