Juliana Evans Nafi Gaduh Dengan Emma Maembong, Tiada Sebab
Kalau anda belum tahu, Juliana Evans kini sudah kembali ke Malaysia untuk memeriahkan dunia hiburan tanah air selepas tamat pengajian di Amerika Syarikat. Namun, ada cerita sebelum ini yang kami sendiri terlepas dengar — atau ianya disimpan rapi oleh orang tertentu.
Menurut laporan Media Hiburan baru baru ini, ada cerita yang mendakwa timbul satu pergaduhan antara Juliana Evans dan Emma Maembong di Los Angeles pada awal tahun ini.
BACA: Masih Terima Tawaran, Juliana Evans Balik Malaysia Hujung Tahun Ini
“Siapa kata kami bergaduh? Saya tak jumpa dia pun sebaliknya hanya meluangkan masa dengan kawan-kawan yang kebetulan ada di sana seperti Afdal, Marina dan Kaka. Jadi, hanya orang-orang yang berada di sana sahaja yang tahu cerita sebenar”
“Perjumpaan kami itu tidak ada maksud lain. Tambahan pula kami sudah lama tak berjumpa. Dan kebetulan mereka di sana tidak salah untuk saya luangkan masa,” jelasnya.
Juliana Evans juga meminta semua pihak supaya tidak mengungkit kisah lama antara dirinya dan Zizan Razak kerana sebelum ini pun mereka hanya kenalan rapat.
“Jangan pertikaikan tujuan saya pulang ke Malaysia. Jujurnya, saya gembira sebab dia sudah punya pasangan. Kalau boleh jangan ungkit lagi cerita lama. Saya tidak mahu dikatakan perosak kepada hubungan mereka kelak. Dan Emma, tak perlu takut dengan saya,” tambahnya.
Juliana Evans kembali ke Malaysia untuk menjalani penggambara sebuah filem dan juga drama 13 episod sebelum kembali ke Los Angeles kerana terlibat dengan beberapa projek. Nampaknya kerjaya beliau akan menjadi seperti Yuna selepas ini, kerap berulang alik. (rtky/m)
Eww, pleaselah. Xde standard la nk gaduh dgn bdk xde sijil. Buat la cerita lain. Nexttt
nasib baik zizan x pilih juliana..seksi meksi..tanggung dosa jew
Biar xde sijil janji ada akhlak yg baik dan pandai jaga pergaulan..
Biar xde sijil janji ada harga diri,agama dan jaga pergaulan..
zizan kayo doh loni..usaha sendiri..bkn harta mak bapak..bertuah emma…walau slow2, dia merubah kpd kebaikan..
Dorang takde apa2 korang yg kecoh…dua2 pun cantik ada kelebihan & kekurangan sendiri…bukan hak kita tuk menilai…ada kekurangan nmpk…ada tak nmpk…hanya Tuhan yg tahu…yg penting hati mau baik beb…
laaa….. terima lah komen2 dr sudut positif.. moga2 dpr membimbing diri
Lebih si juliana ni sbb dia educated jela hehe. Masing2 ada sejarah masa silam. Mana tau lepas ni ju plak berhijrah.
woh!! baju jarang nampak bra itam gitewwww…yerlah, budaya amarekaa dibawa pulang. orang suruh bawak balik ilmu bukan budaya tak senonoh!!
Biar x de sijil janji alhlak terjaga.. biar x de sijil asalkan tau batas… haiyoo 😂
Ada ada ada ada ku kesah