Juliana Evans Dakwa Kaka Azraff Rampas Suami Orang
Pasti ramai tahu Juliana Evans dan Kaka Azraff sememangnya bersahabat baik. Setiap kali pergi bercuti tak sah kalau tak pergi bersama. Malah, Kaka pernah memberitahu dalam kalangan selebriti hanya Juliana Evans sahaja rakan baiknya dan mereka saling mengenali sebelum dia bergelar penyanyi lagi.
Bagaimanapun status hubungan baik mereka menjadi tanda tanya apabila kelibat Jue tidak kelihatan di majlis pernikahan dan resepsi Kaka hujung tahun lalu. Sejak kebelakangan ini juga, kedua-dua mereka dilihat meluahkan perasaan menerusi laman sosial masing-masing.
BACA: “Tengah Mengandung Silalah Jaga Aurat”
Menerusi Insta Story pula, Jue dilihat meluahkan perasaan marah kepada seseorang. Meskipun nama individu itu tidak disebut, namun ia seakan ditujukan untuk Kaka, berdasarkan foto yang dimuat naik iaitu wanita memakai beg biru di kepala seakan mirip dengan foto Kaka.
Menurut Jue, beliau seorang yang sangat menjaga hubungan persahabatan. Malah, jika rakan baiknya melakukan perkara salah dia akan tetap mempertahankan rakannya kerana itulah dirinya yang sentiasa ada di sisi mereka tidak kira apa pun.
Sementara itu, di Insta Story Kaka Azraff, penyanyi itu ada memuat naik status Twitter miliknya. Menerusi status tersebut, dia tidak akan berkata apa-apa kerana Allah itu ada.
Bagaimanapun, setakat ini masih tiada sebarang kenyataan susulan konflik yang berlaku. Apa pun, diharap segala permasalahan dapat diselesaikan secara baik. Dalam bersahabat, biasalah ada naik turunnya dan paling penting jernihkan semula hubungan lebih-lebih lagi jika sudah lama bersahabat.
- SUMBER
- Astro Gempak
popcorn satu…
bila xde modal….”allah knows best”.
habis ko x bertudung tu…apa alasan? hahahah
….setan knows best. ;)
Kaka dh nmpk Juliana ni X blh dibuat kwn sbb xnmpk lgsg islamnya si Juliana dgn lakinya tu
Posing pkai bikini perot terjojol pon si laki ok je bgs la kaka jauhkn diri pon mmg bkn jenis kwn blh bimbing ke syurga pon….
Aku rasa dia refer kat Hans Wong, ex Tasha Shilla. Bukan dulu ada gosip Kaka menjadi punca putusnya hubugan Tasha dgn bf dia? Sampai si Tasha tu depressed dan haru biru kerjaya seni dia.
Omg haah laaaaa..kesian tasha doe. Tp at least tasha bole get rid toxic bf dia.
a bunch of jealous people who dying to be me have my life.. euwww sape nak jeles dgn kehidupan mcm tu, baik aku jeles dgn prof dr muhaya ke dr siti hasmah ke
true..10x org yg cakap confident nie…selalu low self esteem….
scared what ppl think of them…..
Apala makcik2 ni.go on jela dgn idup memasing.free sgt ke sampai buat karangan bagai.aku takda masa nak baca ooo
i tak perlu nak aibkan sape2 tapi diri sendiri tengah wat ig stories berjela2 ni aibkan kwn sendiri hahahaha dah ade title n kedudukan pon still rasa insecured wth