Ya. Juliana Evans mula bersuara tentang gossip cinta beliau dengan Zizan Raja Lawak.

Pasangan ini mula kelihatan mesra ketika berlangsungnya Shout! Awards tidak lama dahulu.

Ini menimbulkan spekulasi sama ada Juliana Evans kini sedang bercinta dengan Zizan, selebriti kelakar yang sedang meningkat naik.

“Saya tak nafikan dia menepati kriteria lelaki idaman tetapi buat masa ini, saya belum bersedia untuk bercinta semula,” kata Juliana Evans kepada mStar Online.

Juliana Evans yang masih belum sembuh hati’nya akibat putus cinta dengan vokalis Bunkface, Sam berkata beliau belum bersedia untuk komitmen baru.

“Bukan bermakna pintu hati sudah tertutup untuk terima lelaki lain tapi buat masa ini saya lebih senang untuk berkawan saja dengan sesiapa pun”

Pada kami, kalau sudah suka sama suka, apa salahnya bukan? Masing-masing masih single & available. Eh kejap, Diana Amir apa cerita Zizan?