fbpx

Juliana Evans Akui Bercinta Dengan Kerabat Selangor

Selepas pelbagai spekulasi timbul akibat memuat naik gambar bersama seseorang jejaka, Juliana Evans akhirnya mengakui beliau kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka dari kerabat diraja Selangor dan juga Johor. Malah hubungan cinta mereka itu juga dikhabarkan sudah hampir mencecah setahun berkenalan.

BACA: Juliana Evans Akui Rapat Dengan Jejaka Kerabat Diraja

“Bagi saya, cukuplah sekadar mengakui bahawa memang kami bercinta. Saya tidak mahu bersikap hipokrit kepada peminat dan terus menjadikan ianya sebagai teka-teki,” katanya kepada portal Harian Metro berhubung desas-desus percintaan yang mengaitkan beliau dengan seorang jejaka kerabat baru-baru ini apabila dilihat mesra bersama.

Namun begitu, bagaimanapun Jue masih belum bersedia untuk mendedahkan identiti jejaka kerabat itu walaupun mungkin ada sesetengah pihak sudah pun mengetahui nama individu tersebut. Katanya lagi, biarlah nama kekasih hatinya itu kekal sebagai rahsia terlebih dahulu, asalkan ia tidak keluar dari mulutnya sendiri.

Terdahulu, gosip percintaan pelakon cantik ini mula diperkatakan apabila beliau telah memuat naik beberapa gambar mesranya dengan seorang lelaki, yang masing sedondon memakai baju berwarna sama pada satu majlis. Gambar yang tidak mempunyai sebarang kepsyen itu terus menjadi tanda tanya daripada peminat. (rkty/w)