fbpx

Julia Ziegler Bercinta Dengan Rakan Lama, Belum Rancang Untuk Kahwin

Lama juga kita tidak mendengar cerita tentang pelakon yang pernah menjadi sebutan ramai ini lebih lebih lagi kelibat beliau pun sudah lama tidak muncul di kaca televisyen dek kerana kebanjiran pelakon pelakon baru yang lebih bergetah untuk tontonan ramai, heh.

Bercakap kepada Harian Metro, Julia Ziegler berkata mungkin era populariti beliau sebagai seorang pelakon sudah berakhir dengan kemasukan ramai pelakon baru dan muda selain beliau sendiri merindui untuk aktif berlakon untuk Astro atau TV3 seperti dahulu.

BACA: Julia Ziegler Nafikan Dakwaan Mabuk Ketika Berlakon Di Sydney

“Walaupun dia melihat situasi itu sebagai sihat, namun jauh di sudut hati Julia berasa dirinya tidak diperlukan. Apatah lagi ada stesen TV kini memilih sendiri pelakon yang akan berlakon dalam drama atau telefilem di saluran milik mereka”

Perkara itu membuatkan peluang untuk saya berlakon semakin terhad. Saya dapat menerima hakikat kehidupan ini ibarat roda. Mungkin era saya sebagai artis popular semakin berakhir,” ujar Julia Ziegler tentang perkembangan terkininya.

Dalam temubual sama, pelakon ini turut mengakui yang beliau kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang rakan lama yang sudah dikenali selama sembilan tahun namun belum mempunyai apa apa perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

“Walaupun ada yang sudi menaja perkahwinan, tetapi saya juga perlu kumpul wang sendiri tanpa mengharapkan 100 peratus tajaan pihak lain,” tambahnya. (rtky/m)