fbpx

Julia Perez Meninggal Dunia

Setelah berjuang melawan kanser servik, pelakon yang juga penyanyi dangdut Indonesia, Julia Perez, meninggal dunia 11 pagi tadi. Julia yang berusia 37 tahun sebenarnya sudah 3 tahun bertarung kanser.

Arwah yang lebih dikenali sebagai Jupe menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo (RSCM).

Julia Perez atau pun lebih mesra digelar Jupe disahkan menghidap barah pangkal rahim itu sejak tahun 2014 malah pernah dinyatakan bahawa dia sudah bebas daripada perkara tersebut 2 tahun lalu. Namun kesihatannya semakin membimbangkan pada Disember lalu (2016).

Khabar sedih tersebut dikongsikan oleh adiknya, Nia Anggia Perez di Instagram, sekaligus membuatkan ramai yang simpati selain mendoakan kesejahteraan Julia di sana. Jupe atau nama sebenarnya, Yulia Rachmawati, dilahirkan di Jakarta pada 15 Julai 1980.