fbpx

Julia Farhana Tak Malu Kahwin Dengan Bekas Suami Orang

Dalam diam, pelakon Julia Farhana mendedahkan dia sudah pun sah bergelar isteri kepada Dr Che Hafiz pada 14 Disember lalu.

Menurut pelakon berusia 28 tahun itu, dia mengaku tidak malu mengambil keputusan berkahwin dengan bekas suami orang. 

BACA: Julia Farhana, Dr Che Hafiz Dah Nikah 14 Disember Lalu

Menerusi satu hantaran di TikTok, Julia berkata dia tidak mengambil hak orang dan soal jodoh adalah perancangan Tuhan.

@juliafarhanaaa

Kebahagiaan itu perlu dicari ? #juliafarhana #drchehafiz #fyp #foryou #foryoupage #fypp #fypage #foryoupage

? original sound – I . S . A ?? – A | R ?

“Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Lagipun kita bukan rampas hak orang. Kebahagiaan itu perlu dicari,” katanya.

Selasa lalu, Julia memuat naik perkongsian mengumumkan mengenai pernikhannya yang diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga kedua belah pihak sahaja.

Menerusi perkongsian itu, Julia dan suami turut memohon orang ramai mendoakan perjalanan mereka sebagai suami isteri serta mengucapkan terima kasih.

Terdahulu, Dr Che Hafiz mendirikan rumah tangga dengan Lufya pada 26 November 2016 namun bercerai pada Jun 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya perempuan, Laana Haura kini berusia lima tahun.