Pelakon Julia Farhana sebak dan tumpang gembira melihat rakan artis iaitu Bella Astillah kini sudah menemui kebahagiaan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Menerusi perkongsian di TikTok, Julia berharap dia juga akan bertemu kebahagiaan sendiri serta dipertemukan dengan pasangan yang menjadi pelindung dan memberi ketenangan.
BACA: Julia Farhana Ada Sebab Ambil Keputusan Buka Tudung
“Semoga satu hari nanti, saya pula menangis kerana merasai kebahagian sendiri. Memiliki seseorang yang menjadi pelindung, membawa ketenangan serta eseorang yang buat saya rasa selesa,” tulisnya.
Sementara itu, Julia turut tersentuh dengan ucapan Syed Saddiq yang mempertahankan isterinya serta mendoakan agar rumah tangga Bella akan diberkati.
“Ucapan Syed Saddiq juga sangat istimewa. Cara dia bercakap tentang isterinya menyentuh hati. Bila Syed mempertahankan maruah isterinya tindakan itu sudah cukup menggambarkan segalanya,” tulisnya.