Julia Farhana Mengaku Bela Anjing, Tahu Batas Sebagai Muslim
Baru-baru ini perkongsian Insta Story pelakon Julia Farhana menjadi perhatian memaparkan seekor anjing meunggu di luar biliknya sekaligus menjadi tanda tanya netizen.
Mengaku dia dan keluarganya mempunyai seekor anjing yang diberi nama Julio, Julia menjelaskan anjing peliharaannya itu sudah dilatih untuk tidak menjilat atau bersentuhan dengan mereka.
“Nama dia Julio dan dia memang anjing peliharaan kami sekeluarga. Selain anjing, saya juga ada tujuh ekor kucing yang semua diselamatkan.
“Saya tahu ini perkara yang sensitif dan saya faham sebab sebagai Muslim, mereka (netizen) risau dengan isu terkena air liur atau tersentuh waktu basah.
“Tapi ia bukan isu untuk saya dan keluarga sebab Julio sudah dilatih dengan baik. Dia takkan jilat atau sentuh kami. Kalau lihat video saya pun, kami tidak pernah bersentuhan dan dia juga bukan anjing jenis air liur meleleh,” katanya.
Dalam pada itu, Julia berkata urusan penjagaan haiwan peliharaannya itu dilakukan oleh pembantu rumahnya yang bukan beragama Islam.
“Bab bagi makan, mandi dan tukar diapers, semua diuruskan oleh pembantu rumah kami yang bukan Muslim. Setiap bulan kami hantar dia ke tempat groomer.
“Jadi memang tak akan bersentuhan dalam keadaan basah pun. Dia pun tidak akan berjalan-jalan dalam rumah, ada beberapa kawasan saja. Bilik solat saya pun dekat tingkat paling atas di mana dia tidak boleh masuk,” katanya.
Menurut Julia, dia menyedari tanggungjawab sebagai Muslm. Ujarnya dia mengambil anjing tersebut sejak kecil kerana tiada siapa mahu menjaganya.
“Kami ambil dia ketika berusia dua bulan kerana tiada siapa nak jaga dia disebabkan masalah kulit. Saya pun dah biasa dikelilingi anjing sejak kecil.
“Kami dah biasa latih anjing. Masa membesar di Australia, ibu bapa saya ada empat ekor anjing. Nowadays pun, kalau la tersentuh masa basah pun ada sabun sertu.
“Saya tahu tanggungjawab sebagai Muslim dan saya nak jaga bukan saja hubungan dengan manusia tapi dengan semua makhluk hidup seperti haiwan dan sebagainya,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Dalam Islam, kita dibenarkan untuk membela anjing bagi perkara-perkara seperti berikut:
Memburu: anjing yang digunakan untuk berburu adalah jenis anjing yang garang dan lasak, bukannya anjing kecil yang comel yang hanya sesuai dibuat belaan. Namun, tujuan perburuan yang dibenarkan dalam Islam ini hanyalah untuk tujuan mendapatkan sumber makanan sahaja. Berburu dengan tujuan suka-suka atau tujuan sukan adalah tidak dibenarkan. Ini kerana Islam mengharamkan perburuan haiwan dengan tujuan suka-suka sahaja.
Menunjukkan jalan: anjing juga boleh dibela atau digunakan bagi tujuan menunjukkan jalan. Seperti orang buta yang menjadikan anjing sebagai petunjuk jalan baginya kerana tiada orang lain yang dapat membantunya setiap hari.
Tujuan keselamatan: selain itu, anjing juga boleh digunakan untuk menjaga keselamatan rumah kediaman kita. Anjing juga dibenarkan untuk dibela bagi kegunaan pihak berkuasa seperti polis, tentera dan juga bomba
Menjaga ternakan: anjing juga boleh digunakan untuk menjaga haiwan ternakan di ladang
Menjaga tanaman: anjing juga dibenarkan untuk menjaga tanaman di ladang daripada dicerobohi oleh pihak yang berniat jahat
Erm padaiyappa.
@Nur ko ni kolot !!
Islam benarkan bela anjing, so apa issue sebenarnye RK nak heboh cite ni? Bukan godip pun, aku pun bela anjing.
Bela suka2 tak boleh ye tuan puan. Niat tidak menghalalkan cara.
Kesian Nur tu cuma state the fact terus dikecam kolot. Tapi mana tahu family Julia pun bela mungkin untuk tujuan keselamatan. Dia pun tak inform. Kalau tak setuju dgn fakta pun tak perlu nak kolot2kan orang. Tak sedar ke mengolotkan orang tu pun kolot lols
Dalam quran pun kata bole bela, kira ok la. Islam senang yang menyusahkan tu ustaz dan ustazah jadian
@Nethizah ko ni zaman purba
Jelas nya ya bela anjing utk pet mcm ko bela meow mmg Tak Boleh.
Yg boleh ialah bela utk anjing tu jaga rumah ko. Ladang ko. Stable2 kuda etc…
Jika ko treat dia jd pet bawa cium2 dok atas cushion x boleh.
Dlm hal hukum agama, x ada yg kolot. Agama islam undang2 nya terpakai dulu, kini dan selamanya.
Tu je nak khabaq. Lepas tnggunjawab aku nak bg korang faham.
Cara dia explain mcm doggy tu yg tao sgt yg islam tak bole sentuh anjing..very the detail u
Bela pet mcm anjing , hilang 1 atau 2 qirat , 1 qirat umpana gunung uhud,yg blh jaga kebun , walahualam …jgn jadikan haiwan peliharaan , malaikat rahmat x masuk rmh, pahala 1 qirat hilang
Dia mix belah mn. Mak itali ke ayah itali. Muka nye mcm melayu mcm muka aku je adakah aku pun mungkin ada mix italy
Bela anjing tu kira moden habis la???
Kesiannnn
Urbanism
Niat tidak menghalalkan cara. Bila x tau buat² tau jd palatao..
Masa zaman Rasullullah saw dulu, malaikat jibril x dtg jumpa nabi sbb bwh katil nabi ada anak anjing sesat..
So bila saja2 bela anjing mcm pet, dok dlm rumah sekali, malaikat rahmat x masuk.
Sbg umat nabi, alangkah ruginya …
Sapa minah ni..? Berlakon dlm cerita apa?
Biar dia nak Bela anjing ke Babi ke ok juga Dari buat pangai mcm anak netizen couple mcm tahi Sana sini dah ler huduh geli siot nengok
Nak Bela Babi yang paling bersih ar. Buat pet jalan2. Orang Tanya Aku. Aku ckp babi nie vegetarian. Paling bersih didalam dunia
Fulia Jarhana nie sape pulak. Dia berlakon drama apa aku teringgin nak tengok.