fbpx

Julia Farhana Dedah Suami Bawa ‘Dating’ Ke Masjid

Sudah sebulan mendirikan rumah tangga, sudah pasti pelakon Julia Farhana kini sedang melalui fasa bahagia alam perkahwinan bersama suaminya, Dr Che Hafiz.

Memetik Harian Metro, Julia mendedahkan tempat dating pertama dia dan suami ialah masjid kerana mahu menunaikan solat jemaah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

BACA: Julia Farhana Tak Malu Kahwin Dengan Bekas Suami Orang

Menurut Julia, sudah menjadi rutin harian suaminya menunaikan solat berjemaah di masjid. Julia turut meluahkan rasa syukur suami banyak membimbingnya.

“Memang takkan dilupakan kami keluar ‘dating’ ke masjid. Lagipun, sehingga sekarang kami berdua memang selalu ke masjid untuk solat berjemaah. Saya bersyukur kerana suami banyak membimbing saya mendalami agama.

“Saya juga sudah semakin terbiasa dengan aktiviti solat berjemaah di masjid yang dilakukan suami. Tak dinafikan, kami ini datang dari latar belakang keluarga berbeza budaya. Saya dibesarkan di Australia dan bapa juga seorang mualaf.

“Jadi, apabila mengenali suami sememangnya saya sedar budaya kehidupan kami jauh berbeza dengan dia yang dibesarkan oleh ibu bapa yang mempunyai pegangan agama yang kuat,” katanya.

Tambah Julia lagi, dia juga banyak belajar mengenai agama dengan suami serta menyifatkan Dr Che Hafiz seorang yang bertangungjawab.

Dalam pada itu, Julia berkata suaminya memahami dirinya serta tidak mendesak untuk bertudung apatah lagi dia masih belum bersedia.

“Alhamdulillah sejak dah berkahwin ini, saya seronok menjalani kehidupan sebagai isteri. Saya semakin membiasakan diri dengan tanggungjawab dan apa saja dilakukan mestilah kena berbincang dulu dengan suami dan meminta izin daripadanya.

“Saya tahu dah tak boleh lagi buat segala perkara ikut kepala sendiri sebagaimana sebelum berkahwin dulu. Alhamdulillah, suami juga menjadi kawan baik saya yang sangat memahami kerana kami berdua suka berbincang dalam segala hal termasuk urusan karier,” katanya.

Terdahulu, Julia Farhana dan Che Hafiz selamat mendirikan rumah tangga pada 14 Disember lalu di sebuah hotel ternama dalam satu majlis tertutup.