fbpx

Jue Aziz Berjaya Khatam Al-Quran Hari Kelapan Ramadan

Pelakon Jue Aziz meluahkan rasa syukur berjaya khatam Al-Quran pada hari kelapan Ramadan. Jue berkata dia menghabiskan semua juzuk dalam masa singkat sempena ulang tahun kelahiran ibunya yang ke-69.

Meskipun teruja dapat memenuhi hasrat ibunya, Nor Azmah Mohd Nor, namun Jue berkata ada satu lagi permintaan yang belum dapat ditunaikan iaitu jodoh.

BACA: Jue Aziz Nafi Bercerai Kerana Soal Zuriat

“Kejutan ulang tahun kelahiran ibu. Alhamdulillah akhirnya khatam Al-Quran, syukur! Dari hari pertama Ramadan sampailah Selasa.

“Satu je lagi permintaan mak orang tak dapat tunaikan..jodoh. Tahu mak risau, tapi susah, sakit semua orang seorang pun tak apa asalkan ada mak.

“Kita bercinta berdua jelah mak. Mana tahu esok lusa jodoh orang dijemput Ilahi sempatlah orang bermanja selagi mak ada. Aandai ini Ramadan terakhir,” katanya.

Berkongsikan mengenai perkara itu di Instagram, Jue dalam rasa sebak berkata dia kuatkan diri untuk menyempurnakan khatam Al-Quran selepas melihat semangat ibunya.

“Bila kita tengok orang tua kita dalam keadaan begitu, tak larat lutut..sakit masih kejar agama, tak sihat pun masih semangat kuat, kenapa kita sihat tak buat amalan.

“Terima kasih mak bagi semangat percaya orang boleh khatam. I love you so much. Berkat doa mak! Ramai yang rindu tak dapat jumpa mak bapak di luar sana, buatlah sesuatu untuk mereka,” katanya.

Jue sebelum ini pernah berkahwin dengan pemuzik Indonesia, Bayu Daniel pada 2014 namun pada 2019, Jue memaklumkan sudah bercerai.