fbpx

Jual Tudung Semurah RM27, Fazura Mahu Semua Orang Mampu Beli

Baru-baru ini, pelakon Nur Fazura baru sahaja melancarkan koleksi tudung terbarunya diberi nama ‘Kakak Kita’. Lebih mengejutkan 20,000 helai tudung terjual dalam masa sehari.

Apa yang pasti, rata-rata netizen teruja untuk mendapatkan tudung berkenaan apatah lagi hanya berharga RM27 sehelai yang pastinya sangat berbaloi.

BACA: Fazura Lancar Koleksi Tudung Terbaru, 20,000 Helai Habis Terjual

Menerusi IG Live baru-baru ini, Fazura berkata dia tidak mahu menjual tudung tersebut pada harga yang mahal kerana mahu semura orang mampu membelinya.

“Ramai juga orang bertanya mengapa tudung saya dijual hanya dengan harga RM27, semua macam tak percaya. Namun, niat sebenar saya ialah mahu semua orang pakai dan mampu untuk membelinya,” katanya.

Kata Fazura lagi, sebagai usahawan sudah pasti dia mahu untuk mendapatkan keuntungan dalam jualan produk namun niatnya mahu semua mampu untuk membelinya.

“Sebagai ahli perniagaan, pasti kita nak dapatkan keuntungan dan buat duit daripada produk yang dijual tetapi seperti yang saya cakap, saya nak semua mampu membeli.

“Saya sendiri pun jika hendak beli tudung lebih RM50 pun rasa mahal. Jadi bila harga bawah RM50, rasanya itu harga yang mampu dibeli orang semua orang,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Fazura turut berkongsikan angka 27 atau harga RM27 untuk jualan tudung tersebut mempunyai nilai sentimental buat dirinya.

“Angka 27 merupakan nombor yang saya suka iaitu tarikh ulang tahun kelahiran saya serta tarikh Fattah melamar saya,” katanya.