Jual Rumah RM1.2 Juta, Shuk Sahar Pindah Ke Pulau Pinang
Semalam, perkongsian pelawak Shuk Sahar menjadi perhatian apabila memuat naik video mengucapkan selamat tinggal kepada rumahnya yang sudah pun mempunyai pemilik baru.
Memetik Harian Metro, Shuk mengakui sedih apabila terpaksa menjual tersebut tersebut. Namun, dia percaya ada rezeki lain menantinya kelak.
BACA: Dah Kosongkan Rumah, Shuk Sahar Ucap ‘Bye Bye’ Pada Rumah RM1.2 Juta
“Rumah orang dah beli sebelum sambutan hari raya hari tu lagi. Cuma proses agak lama. Ini pun saya masih kemas barang untuk dibawa keluar.
“Diakui memang sedih, tapi tidak apa lah ada rezeki lain nanti. Banyak kenangan dalam rumah ini. Semuanya tinggal kenangan. Doakan saya ya,” katanya.
Menurut Shuk, dia bakal berpindah Pulau Pinang dan menetap di negeri itu buat sementara waktu apatah lagi dia bakal membuka perniagaannya di sana.
“Saya akan terus pindah dan buat sementara waktu duduk di Pulau Pinang. Dalam masa sama, saya memang sedang ‘set up’ perniagaan kafe iaitu Smooth Café di Sungai Dua, di sana,” katanya.
Terdahulu, Shuk memaklumkan mahu mahu menjual rumah banglo miliknya pada harga RM1.2 juta kerana memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan.
- SUMBER
- Harian Metro
Padan muka kau. Berjimba tak ingat duniaaa. Kenangan taik kau. Kau yg buat taik.
apa gunanya rumah berjuta tapi bermalam pun di rumah skandal..
tahniah syuk dpt jual property time ekonomi gawat ni.
buka buku baru la lps ni.
Skandal ikut pindah skali tak????
Winnnnnnnn ???
Wow.. Dulu ko dpt kasih sayang anak bini dan juga kekasih gelapmu.. Skrang ko adalah ahli terbaru P. L. K. K. S P (Persatuan Lelaki Kurang Kasih Sayang Penang)
1. Ramai yang komen dalam rk ni macam tak cukup akal.
2. Rumah syuk bukan rumah banglo, tapi rumah teres corner lot.
3. Saya residen/penduduk di salah satu phasa Denai Alam
4. Harga rumah banglo di Denai Alam adalah Rm3 juta dan ke atas seperti Astelia, Tiana Elmina dan lain lain lagi. ( wartawan sekarang ramai yg bodoh)
Bisnes kat sg2 kat mana kedai… Wa org sg2 blh p ushar apa yg sempoii tu… Good luck
Yg komen padan muka tu, jgn sampai hang plak terkebas laki org… Allah nk pusing hati manusia ni sat ja… Doa yg baik2 sudah…!