fbpx

Jual RM9.5 Juta Tak Laku, Sajat Lelong Banglo RM7 Juta

Umum mengetahui sejak awal tahun usahawan sensasi Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mahu melelong banglo miliknya yang terletak di Kota Damansara itu.

Terbaru, Sajat menawarkan harga baru banglo miliknya itu pada harga RM7 juta. Sebelum ini Sajat meletakkan harga jualan RM9.5 juta namun masih belum dibeli oleh mana-mana individu.

BACA: Beli RM7.5 Juta, Sajat Mahu Jual Banglo RM9.5 Juta

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya itu, Sajat turut menyediakan perkhidmatan sewa banglo dua tingkat itu pada harga RM23,000 sebulan.

Dalam entri itu, turut diberitahu bahawa harga masih lagi boleh dirunding lagi mengikut budi bicara kedua-dua pihak.

Dalam pada itu, khidmat peguam serta pengurusan pinjaman bank secara percuma akan diberikan bagi pembeli yang berminat.