fbpx

Jual Bantal Zikir, Sufian Suhaimi Dikecam Tunggang Agama

Boleh dikatakan semakin ramai selebriti menceburi dalam bidang perniagaan untuk menjana pendapatan serta jaminan di masa hadapan termasuklah penyanyi Sufian Suhaimi yang kini bergelar usahawan.

Rupanya baru-baru ini Sufian baru sahaja mengeluarkan produk terbarunya iaitu bantal. Tetapi ini bukan bantal biasa ianya merupakan bantal Zikir yang didatangkan dengan beberapa surah lazim, doa dan zikir khas untuk bayi.

BACA: Sufian Suhaimi Mahu Main Tinder Cari Calon Kekasih

Produk barunya itu dikatakan mendapat sambutan luar bias namun ada sesetengah netizen menyifatkan tindakannya itu seolah menunggang agama. Malah netizen mengatakan iklan promosi agama itu semata-mata ingin melariskan produk keluarannya.

 

Dalam pada itu ramai yang tertanya-tanya apa hukumnya mengeluarkan produk seperti itu. Meskipun ramai yang memberikan komen negatif, namun ada yang mempertahankan produk tersebut yang sangat sesuai untuk bayi tidur sambil memperdengarkan zikir.

Kalau ikutkan idea Sufian Suhaimi memperkenalkan produk ini sememangnya kreatif lebih-lebih lagi untuk kegunaan bayi. Mungkin netizen kena lihat dari sudut positif dan bukan hanya asyik mencari salah sahaja.