“Jual Anak? Dah Anak Ni Cantik Nak Salahkan Siapa?”
Gara-gara kerap menggunakan wajah anak keduanya, Marissa Dania Hakim sebagai pelaris bisnes, pelakon Abby Abadi dituduh mendakwa ‘menjual’ anak.
Menjawab tuduhan tersebut, Abby menyifatkan tindakannya menggunakan anak sendiri sebagai model tidak salah. Abby turut mempersoalkan mengapa netizen sibuk mahu mencari salah.
BACA: Keluarga Norman Hakim, Abby Abadi Dikompaun RM8,000
“Jual anak? Tak, tak. Saya jual cermin mata. Dah tu asyik keluar gambar anak je? Mentang-mentanglah anak cantik. Lah, dah anak ni cantik nak salahkan siapa? Anak orang lain pun ramai cantik-cantik.
“Kita kan meniaga. Apa salahnya suruh anak tolong jadi model untuk barang dijual. Kalau gunakan model lain keluar gambar, sama juga kan? Mencari-cari salah tu kenapa?” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, Abby berkata disebabkan sering menerima komen mempersoalkan tindakannya menggunakan wajah anak sendiri, dia memilih untuk menyekat semua kritikan negatif.
“Geram kan perangai orang kita kalau mencari-cari salah macam ini. Seram, kita sekat terus. Sebab perangai macam ini menakutkan.
“Ada sampai maki hamun kata macam-macam. Memang tak terdaya membalas sebab banyak lagi kerja lain nak buat,” katanya.
Sebelum ini, Abby dituduh bersikap pilih kasih apabila sering berkongsikan gambar Marissa berbanding anak bongsunya, Maria Danisha. Bagaimanapun, Abby menjelaskan dia jarang berkongsi gambar Danisha kerana anaknya itu tidak suka bergambar.
- SUMBER
- Kosmo!
Nsib baik xde rupa bapak dia.yg kcik tu rupa bpak dia
diri masing2 la. klau aku tak tunjuk muka anak, apalagi anak cantik. byk org tak betul skrg. apa2kan anak,pakai gambar anak utk benda tak baik, da satu hal nak saman pulak. tak byk pon ada sikit cari nahas so tak payah la.
Biarlah anak org…asal kita jaga anak masing2. Ada org pandai ckp pasal anak org, anak sendiri emmm…
apa yang jual anaknya. tu marketing strategy. ikut dia la nak nak guna sape sebagai model. dari bayar orang, apa salah family member bantu buat marketing. ko tengok v***, dia selalu ootd untuk baju yang dia jual. tu nak kira jual diri ke apa, mestilah tak. hello.. tolong jadi bijak ok
Biasalah lah tu anak tolong mak bapak.ape yg nk di permasalahkannye.Kalau ambik org luaq kena kluaq modal pulak.pkp ni pkp…..
Aku kalau ada anak pompuan cantik pasti aku gunakan dia untuk promosi jualan cermin mata. Sebab sumer pembeli suka benda yg cantik2. Kalu cermin mata cantik tp promosi gambar pemakainya tak cantik sape mahu beli. Dulu aku pun niaga cermin mata guna anak pompuan ku jd model. Tak laku sebab cermin mata cantik tp muka anak pompuan aku bengkak2 berjerawat batu. Pastu aku guna muka gal gadot pakai cermin mata, laku ngat. Tp sebab ada org bgtahu gel gadot nak saman aku berjota2 aku terpaksa tutup kedai.
Ini Baru cantik barbie melayu Malaysia die diri sendiri bukan macam uqasha bagus bagus Abby abadi I sokong being ur own self
Alahhh..aku rasa ank aku lg cantikkot.mcm omputeh.ygni muka biasa je ada chinese look skit.
Beza sbb celebrity tu yg org puji melambung.tp okla lawala ank dia ni skit dr abby waktu muda jenis stail tulang pipi timbul gtu.abby pun tkleh nk naik lama.ape salahnye dia upkn ank dia ni.
Cantik sangat anak abby abadi jenis cheekbone tinggi ni
Cantik sangat anak abby abadi jenis cheekbone tinggi ni
Memang cantik dah muda comel kenape nak jeles Netizens ni bagi can orang muda macam die dengan anak eizlan
Bagi chance for younger generation macam die ni anak eizlan dengan abby abadi muak ah tengok yang dah berumur still act Barbielah apelah