Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meminta bantuan polis bagi mengesan suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang dikenali Opai bagi mengesan keberadaannya.
Memetik BH Online, ia berikutan kegagalan hadir ke JPJ bagi membantu siasatan penggunaan nombor pendaftaran ‘QPA1’ yang bukan didaftarkan atas kereta McLaren miliknya.
BACA: Opai Buka Kaunter Permohonan Maaf
Menurut Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Erick Jusiang berkata selepas notis panggilan diserahkan sehingga kini Opai masih belum hadir untuk dirakam keterangan.
“Kita sudah menyerahkan notis itu ke alamat rumahnya namun selepas 14 hari dia tidak datang. Jadi kita meminta bantuan polis kerana mereka ada kuasa untuk mengeluarkan waran dan mengesannya di rumah,” katanya.
Dalam pada itu, beliau percaya Opai masih berada di ibu negara serta menganggap tindakan Opai mengabaikan notis temu siasat tersebut sebagai mencabar JPJ.
Terdahulu, Opai dikecam teruk selepas didakwa menghina kereta jenis bukan supercar pada sebuah acara pertunjukan kereta.
Kemudian hangat diperkatakan apabila Opai terpalit dengan dakwaan menggunakan nombor pendaftaran palsu untuk kenderaan mewahnya McLaren dan JPJ Kuala Lumpur menggesa pemilik kenderaan mewah McLaren yang tular tampil membuat laporan.
Bagaimanapun, rakannya memaklumkan Opai sudah pun menjual kereta tersebut namun belum berkesempatan menukar nama.