fbpx

“Jozan Kena Ubah Cara, Lebih Beradab Dengar Tazkirah”

Siapa yang tidak sukakan jenaka bukan? Namun dalam masa yang sama, sesuatu perkara pasti ada batasnya dan baru-baru ini, seorang penceramah muda iaitu Da’i Wan telah menegur gandingan Jozan yang didakwa tidak menghormati PU Azman ketika rancangan itu sedang berbicara tentang ilmu agama dan tazkirah.

BACA: Johan: Isteri Saya Pengkritik Tetap JOZAN



Melalui teguran yang disampaikan melalui laman sosial tersebut, Da’i Wan menjelaskan bahawa Jozan tidak menghormati suasana ketika ilmu disampaikan di dalam program berkenaan. Namun dia percaya bahawa kekuatan Johan dan juga Zizan Razak itu mampu membuahkan sesuatu yang lebih baik.

“Untuk sekian kali ini bantu sampaikan teguran untuk ubah cara pengelolaan Jozan lebih menjaga adab ketika ilmu disampaikan. Saya tahu kemampuan kalian Jozan banyak pengalaman, kalian boleh hasilkan yang terbaik”

“Tunjukkan lawak yang pengajar manusia menjadi lebih bernilai tinggi pada adab dan ilmu. Kita suka pada jenaka tapi penuh kesopanan dan kalaupun ada jenaka masih tahu menghormati,” kongsinya lagi.

Selain memuji usaha penyiar program berkenaan, rata-rata warga laman sosial yang lain setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Da’i tersebut. (rtky/s)