Isteri Johan Pengkritik Tetap JOZAN
Anugerah Meletop ERA 2015, telah melabuhkan tirainya semalam apabila menobatkan pelawak dan penyampai Radio ERA, Johan merangkul Anugerah Utama iaitu ‘TOP TOP MeleTOP’ di malam Anugerah MeleTOP ERA 2015 yang berlangsung cukup meriah di Stadium Putra Bukit Jalil.
BACA: Johan, Ayda Jebat Mengungguli Anugerah MeleTOP ERA, Bawa Pulang RM10,000
Kemenangan besar buat Johan pada malam AME2015, merupakan rezeki buat diri serta keluarganya yang menjadi sumber bagi dirinya untuk terus berkarya dalam industri hiburan negara.
“Saya memang terkejut dan tak menyangkakan langsung saya akan menang pada malam ini. Saya percaya ini adalah rezeki anak dan isteri. Saya bekerja untuk anak dan isteri dan menganggap diri saya sudah tua”
“Lagipun mungkin ini rezeki orang berkahwin, sebab anda sedang membina masjid iaitu ‘Rumah Allah’ dan saya percaya itu semua adalah takdir Allah,” katanya.
Johan turut menjelaskan bahawa kejayaan yang dikecapi selama ini adalah hasil usahasama isterinya, Ozlyn yang merupakan pengkritik tetap bagi dirinya dalam membuat apa-apa persembahan termasuklah persembahan yang melibatkan Zizan (JOZAN).
“Setiap kali saya nak buat persembahan isteri saya akan tengok terlebih dahulu apa yang kurang atau perkara yang perlu ditambah untuk mencantikkan lagi persembahan saya. Begitu juga dengan JOZAN dia (isteri) akan bertindak sebagai pengkritik tetap”
“Kalau dia (isteri) ketawa maknanya persembahan saya memang betul-betul lawak, kalau dia tak ketawa makna benda yang kami buat itu tak kelakar,” katanya. (rtky/hfz)
JEP sepahtu lg layak menang.puiii
jep?? hahahahaha yang tu x layak lansung! nasib jer tercalon weh..
aku pun x berape bkenan dgn lawak si jep tu..sokong abg johan slalu..
Phhui ko balik
JOHAN mmg layakkkkk menang wei !!! phuii
Cian Jep kalah… mesti kene bomoh ni ermm hahahaha!!! Finally johan menang…. org baru tau dia punya kelebihan mcm mana….. dia memang layak ok!!
setuju johan menang
Yup..mmg patut dia menang..keep it up johan! Nyampah kt ayda je ekekekekek!camne la boleh menang yek..hmmm ????
aku setuju johan menang.. jep.. kena cuba lg.. kurangkan lawak mengutuk partner..
Johan the best , but zizan . Wht strong. Wit u dude . Knp kau down giler skg !!! Y !!! Y !!! Serlah kan bakat kau blik , gilap mcm kau gilap ksut kau tuuu .. Kau dah jauhh doe … Aku nk JOZAN y dulu !! Keep it up ..
Johan patut menang.johan zizan x patut dipisahkan.kau mesti buat lwk 2 org ni..baru best.
Dah nama pun johan..mmg patut menang loo…humble doe…congratzzz