fbpx

Joy Revfa Sah Bergelar Isteri Dr Adrian, Nikah Sebelum Ramadan

Usahawan kosmetik Joy Revfa mendedahkan dia sudah pun selamat bernikah dengan jejaka pilihannya, Dr Adrian Yeah sebelum Ramadan lalu.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh Joy menerusi Instagram miliknya semalam, serta memuat naik foto sijil pernikahannya namun tidak didedahkan tarikh pernikahan mereka.

BACA: Bertunang Dengan Doktor Kacak, Joy Revfa Risau Ramai Wanita Nak Goda

Menerusi entri itu, Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah meluahkan rasa syukur selamat diijabkabulkan serta mengatakan majlis sepatutnya berlangsung pada Jun depan.

“Syukur Alhamdulilah.. dengan sekali lafaz, Joy dan suami ( Dr. Adrian Yeah) telah selamat diijabkabulkan secara biasa-biasa saja sebelum Ramadhan lagi… 

“Patut Majlis Wedding kami pada bulan june 2024 tapi kami rasa mcm lama sgt nak tunggu, jadi kami nikah je la dulu kemudian baru bersanding,” tulisnya.

Sementara itu, Joy berkata apabila sudah mempunyai ikatan yang halal dia boleh menemani suaminya untuk menjalani ibadah puasa serta belajar agama bersama-sama.

“Kesian pada suami sorang-sorang bulan Ramadhan tahun ni sebab dia Cina Mualaf.. bila dah halal ni senang sket sahur, berbuka puasa, solat & belajar agama sama-sama.

“Joy upload ni sebab tak nak timbul fitnah bila ada yang nmpk joy dan suami tinggal bersama-sama & kehulu-kehilir sama-sama kan,” tulisnya.

Terdahulu, Joy berkongsikan Adrian yang merupakan seorang doktor perubatan sudah melafazkan syahadah pada 24 Mac tahun lalu di sebuah masjid di Setia Alam.

SUMBER: mStar Online