fbpx

Bersempena dengan Huawei Year End Festival yang sedang berlangsung, anda kini mampu untuk miliki telefon pintar hebat Huawei nova 5T pada harga hanya RM1,399.

Huawei nova 5T memang sebuah peranti yang serba lengkap untuk semua gaya hidup terutamanya mereka yang utamakan kamera canggih untuk rakam memori indah setiap hari.

Jika anda memang merancang untuk memiliki Huawei nova 5T, sekarang memang masa yang sesuai kerana Huawei menawarkan baucer khas pada 12 Disember ini.

Anda hanya perlu tebus baucer bernilai RM200 secara online pada 12 Disember ini untuk membolehkan anda membeli Huawei nova 5T pada harga hanya RM1,399 dengan baucer yang ada.

Bukan itu sahaja, pembelian Huawei nova 5T kali ini turut akan disertakan AP38 SuperCharge Car Charger, Nova gift box dan tripod yang bernilai RM285 secara PERCUMA!

Sudahlah harga murah dengan baucer online, dapat pula FREE GIFT yang memang berbaloi. Biar kami beritahu anda apa lagi yang menarik tentang Huawei nova 5T.

1. Rakam Kenangan Indah Dengan 5 Kamera AI

Huawei nova 5T hadir dengan 5 buah kamera berkuasa AI — empat kamera utama di bahagian belakang dan satu kamera selfie 32megapiksel di hadapan.

Quad kamera di belakang terdiri daripada kamera utama 48megapiksel, kamera ultra-wide angle 16megapiksel, kamera macro 2megapiksel dan sebuah kamera kedalaman 2megapiksel. Gabungan kesemua kamera dengan teknologi AI ini memberikan hasil gambar dan video yang paling canggih dalam sebuah telefon pintar.

Dengan AIS Super Night Mode, anda boleh merakam situasi dalam keadaan kurang cahaya atau malam dengan lebih berkesan dan cantik.

Kamera selfie 32megapiksel yang tersembunyi di sebalik skrin sebesar 6.26-inci ini memberikan ruang skrin yang sangat besar selain hasil selfie yang cantik.

2. Spesifikasi Dalaman Sangat Berkuasa

Dikuasakan oleh chipset paling berkuasa Huawei, Kirin 980 dan RAM 8GB, Huawei nova 5T memang sebuah telefon pintar yang mampu memberikan prestasi terbaik setiap masa.

Ruang storan 128GB juga dikuasakan oleh teknologi UFS 2.1 ultra-fast storage yang membolehkan setiap data dan memori anda disimpan dengan pantas.

Hadir dengan bateri berkapasiti 3,750mAh, telefon pintar Huawei ini memang mampu bertahan sepanjang hari. Lebih menarik ianya hadir dengan sistem pengecasan pantas yang membolehkan anda dapat semula 50% kapasiti bateri selepas 30 minit mengecas. Fuh!

3. Rekaan Terkini Berseni Moden

Tidak syak lagi, Huawei nova 5T memang sebuah peranti yang sangat cantik dan sedap untuk dipegang. Dengan ratio skrin ke badan 91.7%, skrin 6.26-inci yang ada memberikan pengalaman menggunakan telefon pintar yang tiada tandingan.

Huawei nova 5T hadir dengan tiga warna atau lebih tepat rekaan badan kaca 3D Holographic — Midsummer Purple, Crush Blue dan Black. Walaupun rekaan telefon pintar ini seakan seni di dalam genggaman, ianya masih mampu memuatkan pengesan cap jari di bahagian sisi untuk memudahkan pengunaan sebelah tangan. Hebat!

Jadi tunggu apa lagi, tebus baucer online bernilai RM200 di Huawei Online Official Store pada 12 Disember ini dan dapatkan Huawei nova 5T pada harga hanya RM1,399 selain melayakkan anda terima FREE GIFT bernilai RM1,399. Ayuh!