fbpx

Jom Raya Sakan Di Sunway Putra Mall

Wahhhh! Sedar tak sedar kita sudah di pertengahan bulan puasa. Terlalu cepat masa berlalu dan ini bermakna kita bakal menyambut musim lebaran tidak lama lagi.

Kami percaya ada di antara anda juga yang kini sedang sibuk membeli persiapan hari raya. Tak dinafikan juga ada yang pening kepala bila memikirkan mana nak cari persiapan raya yang berbaloi-baloi untuk digayakan pada musim lebaran nanti.

Tahukah anda di Sunway Putra Mall ada pelbagai barangan raya yang membuatkan anda tidak senang duduk apabila sudah lihat gambar-gambar yang bakal kami kongsikan.

Senang cerita Sunway Putra Mall ini merupakan one stop center untuk anda yang ingin shooping barangan raya.

Sempena musim perayaan yang bakal tiba kempen Summer Sama Raya yang berlangsung di Sunway Putra Mall menawarkan pelbagai jualan murah dan juga aktiviti-aktiviti menarik yang akan membuatkan orang ramai tidak pulang dengan tangan kosong.

Ini antara yang menarik di Sunway Putra Mall.

Dekorasi Morocco

Musim raya inilah untuk anda mencipta kelainan yang sebelum ini belum terlintas di fikiran anda. Nak tahu apa kelainan yang kami maksudkan?

Anda haruslah ubah suai kelengkapan rumah anda dengan dekorasi yang lebih meletop dan menarik. Antranya dekorasi Morocco. Tapi anda tidak perlu risau di mana ingin dapatkan barangan seperti di dunia Morocco yang sebenar.

Di Sunway Putra Mall anda boleh dapatkan pelbagai barangan yang sebelum ini terdapat di Morocco dengan hanya terjah sekitar bazaar Marrakesh.

Jejak sahaja kaki anda di bazaar Marrakesh sudah pasti anda rambang mata dengan barangan yang dijualnya. Bukan sahaja menarik dengan warna -warna terang, reka bentuknya pun tidak kurang hebat.

Bukan hanya menjual barangan yang terdapat di Morocco, Sunway Putra Mall juga membawa anda berada di dunia Marroco yang sebenar. Apa lagi masa inilah untuk anda selfie.

Jualan Meletop

Bukan sahaja membawa pelanggan ke dunia Morocco, di Sunway Putra Mall juga anda boleh mendapatkan pelbagai barangan untuk persiapan raya dengan harga di luar jangkaan.

Anda boleh dapatkan pelbagai barangan jualan menarik hasil tangan pereka tempatan seperti Bohari KL, Salikin Sidek, Que Rahman, dan Natasha Amer di sepanjang bazaar Marrakesh dan juga di Flower Market.

Bukan itu sahaja tau, anda juga boleh membuat penebusan mata apabila membeli belah di Sunway Mall. Dengan hanya pembelian RM 150 resit (gabuangan dua resit) anda boleh dapatkan sampul raya.

Menarik lagi dengan pembelian RM400 anda boleh bawa pulang set mangkuk raya yang menjadi viral masa kini. Buat pengguna kad kredit HSBC dan ahli kad Sunway Putra Mall ini peluang terbaik buat anda.

Meriah Bersama Astro

Sambil-sambil anda pusing di sekitar bandar Morocco yang terdapat di Sunway Putra Mall, anda juga akan dihiburkan dengan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti penjualan barangan daripada astro yang mempunyai pelbagai segment.

Nak lagi menarik segment ketupat drop yang akan dihujani dengan ribuan belon dimana di dalam belon tersebut mempunyai hadiah yang bakal anda miliki.

Antara hadiah yang terdapat dalam belon tersebut berupa voucher Go Shop yang akan membuatkan anda membawa pulang barangan elektronik seperti Philips Air Fryers, Sony Home Theater Syestem dan sebuah televisyen HD sebesar 49 inci daripada Samsung.

Aktiviti Menarik

Pelbagai aktiviti menarik juga turut diadakan antaranya booth pembuatan barangan kraftangan daripada Kraftangan Malaysia yang akan mempamerkan pembuatan seni halus ini kepada pelanggan.

Jadi apa tunggu lagi masa inilah nak beli barangan untuk menghiasi rumah anda.

Senang cerita memandangkan mood raya sudah dekat apa kata anda terjah sahaja Sunway Putra Mall yang menjual pelbagai barangan menarik dengn harga runtuh yang mampu membuatkan anda tersenyum.

Jangan risau jika anda membeli-belah pada bulan puasa di Sunway Putra Mall anda boleh iftar bersama keluarga di Selera Street dengan harga promosi sepanjang 17 May sehingga 14 Jun pada jam 7 sehinggalah 10 malam.

Anda tak perlu susah susah lagi nak cari kedai untuk berbuka di Sunway Putra Mall semuanya ada. Nak lagi menarik jika anda berbelanja sebanyak RM30 di mana-mana outlet F&B anda boleh penebusan resit dan mendapat RM5 percuma untuk menikmati juadah di Selera Street.

Bukan hanya tertumpu kepada umat Islam yang berpuasa yang bukan beragama Islam pun ada juga segmnet Let’s Eat dimana anda boleh menikmati makanan serendah RM10 bermula jam 11 pagi sehinggalah 4 petang.

Jadi apa tunggu lagi jangan lepaskan bulan puasa anda untuk menikmati penjualan hebat di Sunway Putra Mall dengan pelbagai juadah yang tersedia untuk anda semasa waktu berbuka.