fbpx

Jom Meriahkan Astro On-The-Go Live Explorer Bersama Selebriti Popular

Hujung minggu ini jika anda masih tercari aktiviti menarik untuk di’lakukan bersama rakan rakan atau keluarga, kami mahu mengajak anda ke acara Astro On-The-Go Live Explorer pada hari Sabtu ini.

Selama 12 jam bermula 10.00 pagi, acara penuh menarik sepanjang hari ini akan menampilkan barisan selebriti yang di’datangkan khas untuk bertemu anda semua selain beraktiviti bersama anda semua.

Aaron Aziz, Johan Raja Lawak, Dazrin, pelakon Oh My English! & ramai lagi akan berada di Lower Ground (Old Wing) Main Concourse, Sunway Pyramid untuk sesi bertemu peminat & inilah peluang anda.

Peluang bertemu mata dengan selebriti bagaimana pun hanya terbuka kepada pelanggan Astro On-The-Go. Anda belum mendaftar? Jangan risau kerana anda boleh mendaftar di acara ini nanti.

Suami kepada pelakon Sazzy Falak, Nazril Idrus juga akan turut ada untuk memberikan anda sedikit preview akan program AXN Apprentice Asia bersama seorang lagi peserta yang terpilih, Nik Aisyah.

Jika itu tidak mencukupi, barisan peserta MasterChef Selebriti Malaysia seperti Dr Fazley, Puteri Chi Chi, Izzue Islam dan Sherry Ibrahim akan hadir sama untuk satu cabaran memasak sesama mereka.

Khabarnya juga, ada satu acara penuh kejutan buat anda yang hadir ke Astro On-The-Go Live Explorer ini yang akan berlangsung pada jam 2.00 petang. Kejutan apa? Perlulah anda turun sendiri Sabtu ini untuk tahu.

Ha! Itu baru sedikit daripada senarai aktiviti yang akan di’tawarkan untuk pengalaman anda di Astro On-The-Go Live Explorer pada 18 Mei ini & anda boleh teliti senarai penuh di Facebook rasmi mereka.

Astro On-The-Go Live Explorer
Lokasi: Lower Ground (Old Wing) Main Concourse, Sunway Pyramid
Tarikh: Sabtu, 18 Mei 2013
Masa: 10:00 AM – 10:00 PM

Bersedia untuk menikmati dunia sukan & hiburan tanpa batasan! Terokai peluang ini dan alami kesemuanya secara LIVE tak kira di mana jua anda berada! Jumpa anda semua di’sana!