fbpx

Sebut sahaja Mitsui Outlet Park KLIA Sepang pasti ramai yang tahu bahawa Mitsui terkenal dengan pusat membeli belah dengan harga yang paling wow dan murah. Bukan tu sahaja, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang juga terkenal dengan gudang sale yang akan membawa anda dalam dunia shopping yang paling havoc.

Kali ini Mitsui bukan sahaja akan membawa anda dalam dunia membeli belah untuk seisi keluarga tapi di Mitsui juga anda boleh dapat angpau dan hadiah best sempena Chinese New Year kali ini. Best kan? Siapa nak bagi angpau kat anda jika anda tidak rebut peluang ini.

Macam Mana Cara Untuk Menang Hadiah

Nampak menarik kan? Meh kami bagi tahu caranya. Jika anda jejak sahaja kaki di Mitsui pasti ada sahaja barang yang anda ingin beli kan? Tak kisah lah sama ada kasut ke, handbag ke, baju ke atau apa sahaja lah. Confirm ada punya. Mustahil untuk anda pulang dengan tangan kosong bila dah terjah mall sebesar ini.

Nak menang hadiah di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang ini pula senang sahaja caranya. Jika anda berbelanja sekurang-kurangnya RM300 bermula hari ini sehingga 27 Januari ini anda layak sertai untuk rebut hadiah harian bernilai sehingga RM100,000.

Antara hadiah yang anda bakal bawa pulang adalah Gintell Massage Chair, MacBook Air, iPhone 11, Apple Watch, Dyson Electrical Products dan banyak lagi! Best kan bila pergi shopping satu barang sahaja tapi time balik banyak pula barang yang nak kena angkut.

Aktiviti Lain Ada Tak?

Eh lupa pula nak bagi tahu, di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang sempena Chinese New Year ni, bukan sahaja anda boleh dapat hadiah best. Anda juga boleh terjah aktiviti-aktiviti yang berlangsung. Antaranya ada:

Bergambar Bersama Insan Tersayang

Rekaan Sampul Angpau Yang Awesome

Hadiah Rekaan Khas Dari Swarovski Dengan Jumlah Yang Terhad

Persembahan Menarik Sepanjang Chinese New Year

Punyalah banyak aktiviti yang diadakan di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang ni. Tapi ingat jangan lupa tengok tarikh jika nak terjah aktiviti yang anda suka tu. Jika ingin lihat tarian singa jangan lupa terjah pada 8 dan 9 Januari ini.

Bukan sahaja dapat angpau, anda juga boleh berhibur bersama insan tersayang sempenan cuti ini. Memang best habis bila berada hanya di satu tempat tetapi pelbagai benda yang boleh anda grab dan enjoy.

Dengar cerita, anda juga bakal dapat FREE goodies jika anda terjah time-time macam ini. Jadi apa tunggu lagi jangan lupa save the date untuk rebut hadiah hebat dari Mitsui Outlet Park KLIA Sepang ini.

Maklumat lanjut layari laman rasmi Mitsui, Facebook MOPKLIA dan Instagram Mitsui.