fbpx

Jom Menang USD20,000 Dengan Bakat Fotografi Anda Bersama Huawei

Anda rasa anda berbakat dalam fotografi? Ini peluang anda untuk buktikan yang bakat anda mampu mencabar ribuan yang lain dalam pertandingan HUAWEI Rewrites the Rules of Photography https://www.bharian.com.my/umpamapro yang sedang berlangsung kini.

Dunia fotografi memang jauh berbeza ketika ini dengan kehadiran kamera yang canggih pada telefon pintar anda dan Huawei ketika ini menjadi peneraju dalam teknologi kamera lebih lebih selepas memperkenalkan Huawei P30 Pro.


Hadiah menarik seperti peranti HUAWEI P30 Pro, HUAWEI nova 4, HUAWEI WATCH GT (46mm Edition) dan banyak lagi menanti para pemenang yang tampil kreatif dengan penyertaan mereka.

Apa yang anda perlu lakukan adalah mengambil gambar yang kreatif dengan menggunakan mana mana telefon pintar Huawei dan pastikan Huawei watermark disertakan sekali dalam gambar anda. Anda juga boleh menghantar 30 keping gambar bagi satu akuan.

Yang menariknya, setiap gambar dan penyertaan untuk pertandingan ini turut layak ke NEXT Image Awards yang menawarkan hadiah wang tunai RM 83,140 (USD20,000) serta pelbagai lagi hadiah menarik.

Gambar yang bagaimana layak masuk untuk pertandingan ini anda tanya? Huawei https://www.hmetro.com.my/juaragambarhuawei memberikan 6 kategori khas gambar yang boleh anda sertakan.

  1. Faces / Wajah – Bereksperimentasi dengan identiti dan kuasa sebuah portrait
  2. Going the Distance / Melangkau Lebih Jauh – Meneroka tempat baru dan unik serta menggunakan teknologi kamera pelbagai seperti tele-lens, super wide angle atau macro-shooting.
  3. Hello, Life! – Perkongsian emosi dan pengalaman kehidupan seharian.
  4. Storyboard / Jalan Cerita – Menyampaikan cerita yang menarik dan unik dalam 9 gambar.
  5. #Emotion Tag – Meneroka emosi spontan dengan cara fotografi.
  6. Life Now / Kehidupan Kini – Merakam video kehidupan dengan durasi 30 saat.

Perlukan inspirasi untuk menyertai pertandingan hebat ini? Kami sertakan beberapa keping gambar yang diambil menggunakan telefon pintar Huawei dan teknologi terkini dalam dunia fotografi untuk inspirasi kreatif anda.

Kredit Foto: Fahmie Faliq

Gambar diambil oleh Faliq Fahmie di atas menggunakan Huawei P30 Pro memaksimumkan Time of Flight (ToF sensor) yang terbina dalam peranti tersebut untuk menghasilkan bokeh yang lebih tajam dan gambar yang lebih dramatik.

Marion Caunter dalam gambar di atas nampak jelas wajahnya walaupun membelakangkan sumber cahaya kerana Huawei P30 Pro memiliki AI HDR+ yang mampu mengenalpasti subjek gelap dan latarbelakang yang cerah untuk mengoptimumkan gambar.

Kredit Foto: Abeden Mung

Mengambil gambar waktu senja antara kegemaran ramai dan Huawei P30 Pro memiliki sensitiviti sehingga ISO 409,600 memberikan gambar yang jelas walaupun dalam suasana kurang cahaya (low light) tanpa memerlukan tripod.

Kredit Foto: Amsyar Naaif

Kredit Foto: Amsyar Naaif

Kredit Foto: Amsyar Naaif

Salah satu teknologi terbaru pada Huawei P30 Pro yang boleh anda gunakan adalah rangkaian 3 kamera belakang yang memberikan anda sudut pandangan luas, 5X zoom dan 50x zoom yang stabil dan kekal tajam gambarnya.

Amsyar Naaif memaksimumkan teknologi menerusi tiga keping gambar di atas yang kami kira memberikan perspektif berbeza dan unik untuk lokasi tersebut.

Kredit Foto: Sanjitpaal Singh / JITPICS.COM®

Kredit Foto: Sanjitpaal Singh / JITPICS.COM®

Bukan sahaja yang jauh mampu didekatkan dengan Huawei P30 Pro https://www.bharian.com.my/umpamapro, yang sudah dekat pun mampu kita teliti dengan lebih dalam menerusi lensa macro terbina dalam peranti tersebut. Lihat sahaja butiran pada rama rama di atas, menyerlahkan warna semulajadi yang jarang kita lihat dengan mata kasar.

Jadi tunggu apa lagi, ambil sahaja gambar sekreatif mungkin dan muatnaik ke akaun media sosial anda bersama caption paling kreatif https://www.hmetro.com.my/juaragambarhuawei untuk terpilih sebagai pemenang.

Jangan lupa sertakan mana mana hashtag pilihan anda seperti #ColourfulLife, #P30challenge, #UmpamaProHUAWEI, #JuaraGambarHuawei, #mynextimageawardsatau #HuaweiRewritestheRules.

Maklumat lanjut di laman web rasmi Huawei Malaysia.