fbpx

Jom Bawa Keluarga Anda Ke Macao Sempena Cuti Sekolah!

Masih mencari lokasi percutian menarik untuk bawa keluarga anda hujung tahun ini? Lupakan destinasi Eropah yang boleh menelan belanja yang besar dan pilihlah Macao yang terkenal dengan tarikan hebat buat semua ahli keluarga — boleh juga belanja besar dengan membeli belah di sana.

Macao memang terkenal sebagai destinasi pelancongan di serata dunia dengan tarikan menarik yang tanpa henti selain aktiviti outdoor yang berlangsung sepanjang tahun. Keluarga anda tidak akan bosan apabila menghabiskan cuti di Macao.

Anda boleh menempah tiket penerbangan ke Macao melalui AirAsia yang mempunyai 21 penerbangan dari Kuala Lumpur dan 4 penerbangan dari Kota Kinabalu terus ke Macao International Airport setiap minggu. Tempah sekarang hingga 1 Disember 2019 dan nikmati tambang rendah sehala bermula dari RM229 untuk harga Ahli BIG dan anda boleh terbang dari sekarang hingga 26 April 2020.

Menganjak masuk ke bulan Disember, Macao sekali lagi akan menganjurkan acara tahunan Macao Light Festival atau Pesta Cahaya Macao yang akan berlangsung sepanjang bulan terakhir tahun ini.

Macao Light Festival tahun ini menyaksikan lebih banyak lokasi tumpuan ramai bakal dilimpahi cahaya lampu berwarna warni dan lebih menarik untuk sesi portrait bersama keluarga dan selfie dengan yang tersayang.

Jika mencari aktiviti luar ketika siang, kami cadangkan untuk melawat Taipa Village yang menyajikan pengalaman berbeza buat semua ahli keluarga. Taipa Village memberikan anda pengalaman merasai suasana Macao sebenar dengan barisan lokasi budaya, makanan dan gaya hidup untuk anda nikmati.

Habiskan satu hari meronda sekitar Taipa Village untuk satu pengalaman baru yang semua ahli keluarga tidak akan lupakan.

Dalam masa yang sama, boleh singgah ke Taipa House atau Rumah Taipa yag menonjolkan gaya seni bina Portugis yang menawan terletak di sepanjang jalan Avenida da Praia, bersama dengan kejiranan gereja Our Lady of Charmel dan taman yang terdiri daripada landskap indah di mana lima buah rumah hijau terserlah sebagai destinasi paling simbolik di Macao hari ini.

Macao tidak kurang hebat juga jika anda semua mahukan tarikan indoor. TeamLab di The Venetian yang akan dibuka pada Februari 2020 tawarkan pengalaman seni visual yang paling hebat menggabungkan manusia dan alam semulajadi sebagai elemen seni tidak terpisah.

Kanak kanak pasti suka bermain dengan seni yang ada di TeamLab, malah ibu bapa juga boleh menikmati pameran seni visual paling canggih dan diminati di Asia ini.

Macao Science Centre pula memberikan peluang kepada kanak-kanak juga orang dewasa untuk meneroka ilmu dan fenomena sains dalam suasana santai dan menghiburkan. Pelbagai pertunjukkan dan pameran khas dirancang di Macao Science Centre sepanjang tahun.

Jangan dilupakan juga Legend Heroes Park yang merupakan tarikan terbaru di Studio City, sebuah resort bertemakan filem yang popular di Macao. Pelbagai aktiviti boleh anda lakukan bersama keluarga di sini termasuklah semua pengalaman Virtual Reality (VR) yang hebat!

Jika anda mencari sesuatu yang lebih interaktif, Planet J di Cotai Central menawarkan pengalaman bermain Live Action Role Play (LARP) dengan pelbagai watak menarik dan permainan yang mencabar minda.

Penat meneroka pelbagai destinasi hebat di Macao, pastilah mahu mengisi perut dengan makanan yang sedap bukan? Jangan risau, Macao turut mempunyai pelbagai restorna yang menyajikan makanan Halal untuk anda semua.

Plihan kami pastilah Dong Lai Shun Muslim Restaurant yang diktiraf Halal dan menghidangkan hot pot dengan pelbagai pilihan hidangan. Peluang anda untuk menikmati citarasa tempatan di tempat yang dijamin Halal.

Anda boleh pilih pelbagai lagi restoran Halal lain di Macao yang tersenarai di laman web rasmi Macao Tourism.

Jadi tunggu apa lagi, tempah tiket penerbangan untuk seisi keluarga anda ke Macao hari ini di AirAsia dan jangan ketinggalan harga tiket istimewa untuk ahli BIG dengan log masuk ke akaun anda di airasia.com.

Featured image by Instagram @shaine