fbpx

Johnny Depp Akan Bantu Nicholas Cage Keluar Dari Masalah Kewangan

Nicholas Cage yang kita kenal sebagai pelakon Hollywood dalam senarai Kelas A kini berhadapan dengan krisis kewangan peribadi paling teruk.

Selepas dua rumah mewah beliau di’lelong baru-baru ini, Nicholas Cage kini berhadapan dengan tuntutan bayaran cukai sebanyak USD5 juta.

Prihatin dengan apa yang melanda Nicholas Cage, seorang lagi pelakon kelas A Hollywood, Johnny Depp di’laporkan menghubungi Cage untuk menghulurkan bantuan.

Johnny Depp dikatakan sanggup memberikan apa sahaja yang termampu dari segi sokongan moral & kewangan demi membawa Nicholas cage keluar dari masalah kewangan sekarang.

Johnny Depp bertindak demikian sebagai membalas jasa Cage yang memperkenalkan beliau kepada ejen lakonan dan seterusnya mendapat watak pertama menerusi filem A Nightmare on Elm Street.