Johan Tekankan Ilmu Tauhid Untuk Anak-Anak
Pelawak dan penyampai radio, Johan berkongsikan ia menjadikan Tauhid (ilmu mengenal Allah) sebagai pendidikan asas yang diterapkan dalam keluarga terutama dalam membesarkan anak-anaknya.
Memetik Harian Metro, Johan berkata sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang bapa serta mendedahkan dia banyak meluangkan masa bersama anak-anak dengan mengajar ilmu agama.
BACA: “Ambil Kad Bank, Pi Lah Enjoy” – Selalu Belanja Isteri, Patutlah Johan Murah Rezeki
“Anak-anak saya semua ‘international school’ (sekolah antarabangsa), kalau tak pun sekolah Cina. Jadi saya bertanggungjawab untuk beri pendidikan agama mereka. Saya bagi yang terbaik apa yang saya ada dan yang saya belajar.
“Saya cakap dengan anak-anak, harta saya boleh wasiat tapi ilmu kamu semua perlu tuntut. Nak tahu apa-apa tanya, belajar mengaji dengan saya dan saya akan bagi. Itulah saya banyak luangkan masa dengan mereka dari segi sekolah, main dan belajar,” katanya.
Dalam pada itu, Johan berkata Tauhid adalah perkara penting dan menjadi keutamaan bagi umat Islam memandangkan ia adalah ilmu asas menjadi panduan seseorang yang bergama Islam dalam mengenal Pencipta.
“Tauhid itu dulu. Itu yang paling penting. Tauhid itu kenal Allah dulu. Sebab sama jugalah kalau nak kenal agama kita kena kenal pencipta dulu. Masa kita budak-budak, kita kenal diri kita dulu ke kita kenal mak ayah dulu? Kita akan kenal mak ayah kita dulu. Kita akan kenal diri kita selepas kita kenal mak ayah kita.
“Tanda tanya itu akan berbalik pada kita semula. Perkara sama dalam agama, kau kenal Tuhan dulu. Macam mana nak kenal Tuhan? Mengaji. Dalam Al-Quran Allah berkata-kata. Dari situ kau kenal Tuhan,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Wah tingginya ilmu dia mampu ajar sendiri je. Kitab apa dia guna?! Mahir ke Johan dgn bahasa Arab? Sbb nk mengajar ilmu bkn main baca jek tp nk kena huraikan supaya org yg “menuntut” ilmu tu faham. Xde laa nanti pandai2 buat kesimpulan sendiri. Sbb ilmu agama ni ada bnyk mazhab dari ribuan ulamak muktabar. Mana boleh kita pandai2 nk tafsir ikut sukahati kita jek. Tiap ilmu ada displin dan kaedah memahaminya. Org2 awam yg cetek ilmu x mampu kupas sesuai dgn apa yg Nabi ajaran sbb displin kupas dari ilmu hadis dan Al Quran itu kena ada. Kalau setakat baca je kita sapa2 pun boleh tp nk ajar org bkn semua org boleh!
Bininye tu dh abis ajar ke..
Ajar bini tu dulu. Suruh tutup aurat, kawal percakapan. Anak-anak semua nampak ok tapi bini rambut berkarat, sah ke sembahyang?
dia bagi ilmu asas je kot. mcm aku buat kat anak2 aku kat rumah. mcm anak aku, ku hantar skola agama. di rumah pon bukak buku baca sama2. bukan main lepas semua kat ustaz. ibubapa dgn ustaz di skola sama2 ajar. dia tak salah nak didik kat rumah. mungkin lepas tu anak2 nak lanjut kan ke sekola silakan. cuma benda ni toksah upload. zaman net skrg jadi ikutan. yg lurus bendul nanti kang ikut apa ko buat bulat2 sampai sesat
Sekolah bukan men international school. Sekolah agama tak hantar ke?
Menyempat eh time anak2 tengah tegak semayang dia sibok sgt snap gambar. begitu jugak time mengaji snap zup zap zup zap post terus dlm IG.
Try hard, gigih menunjuk betapa terpaling patuh ajaran islam. kalau dah post dalam media sosial tu apa lagi tak selain nak org puji kata wow bagus wow pandai didik anak wow anak2 pandai itu dan ini wow semua lah. mengada beriyer sangat. acah2 best bagus jer.