fbpx

“Ambil Kad Bank, Pi Lah Enjoy” – Selalu Belanja Isteri, Patutlah Johan Murah Rezeki

Baru-baru ini, perkongsian pelakon Ozlynn menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar suaminya, pelawak Johan sedang menjaga anak dan satu lagi foto memaparkan dirinya sedang membeli-belah.

Menerusi entri itu, Ozlynn turut meluahkan gembira apabila Johan memberi peluang kepadanya untuk menikmati ‘me time’ buat sementara waktu.

BACA: Ozlynn Pantang 100 Hari Bersama Suami

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Malah, kesemua anak-anak dijaga oleh Johan ketika Ozlynn keluar membeli-belah. Dapat dilihat Johan menjaga semua anak-anak tanpa rasa kekok. Bukan itu saja, Ozlynn berkata suaminya juga turut memberikan kad bank untuk berbelanja ketika ‘me time’.

“Beza papa hantar gambar dengan mama hantar gambar. Mama rasa bersalah?? Oh langsung tidak.. sebab papa bagi kad bank dan cakap, ‘pi la enjoy..

“…cuma nak pesan 1 jek.. hati2 ok, lepas selesai urusan you balik terus.. ingat, you cinderella i’ sambil cium dahi. Terima kasih papa.. walaupun bila mama bagi bil hidung papa berdarah… love u sayang,” tulisnya.

Perkongsian Ozlynn itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang memuji sikap Johan. Kata netizen lagi, rezeki keluarga mereka sentiasa mencurah kerana sikap Johan yang tidak kedekut dengan isteri dan anak-anak.