fbpx

Johan, Ozlynn Tunai Haji Jemputan Kementerian Media Arab Saudi

Pelawak Johan dan isteri, Ozlynn antara 11 pengamal media dijemput oleh Kementerian Media Arab Saudi bagi mengerjakan rukun Islam kelima, musim haji tahun 1445H.

Menerusi video Utusan Online, Johan berkata dia menangis gembira kerana tidak sangka mendapat tawaran tersebut serta pada awalnya merasakan ianya satu scam.

BACA: Bayaran Johan Di Hot FM Cecah RM500,000?

@utusanonline

‘Satu yang saya ingat bila dijemput Allah..dosa’-Johan #trendingnewsmalaysia #jozlynhanania #haji2024

? original sound – Utusan Malaysia – Utusan Malaysia

“Saya sebenarnya tak peduli la. Berita gembira tu, buat saya menangis gembira. Saya tak peduli walaupun dia scam.  Katakanlah benda tu scam, berita tu sahaja dah buatkan saya menangis gembira,” katanya.

Sementara itu, Ozlynn turut berkongsikan momen ketika suaminya memberitahu mengenai berita tersebut, Johan menangis diatas rezeki yang diterima serta dia juga tidak tahu kebaikan apa yang dilakukan sehingga diberikan peluang berkenaan.

“Mama, I tak tahu apa kebaikan yang I buat sampaikan Allah bagi I peluang ni. Kita pun macam tak percaya juga. Lepastu sama-sama menangis. Ohh rezeki ni rezeki,” katanya.

Dalam pada itu, Johan berkata sebagai manusia dia mempunyai banyak dosa namun tetap dijemput oleh Allah ke Tanah Suci dan sempat berkongsi doa yang diamalkan mereka sekeluarga serta percaya doa berkenaan dimakbulkan Allah.

“Sebab kita banyak buat dosa. Allah tetap pilih kita untuk datang. Mahal lah benda tu. Sebab dalam doa kita, kita selalu doakan dan kita ajar anak-anak satu doa yang mungkin kita boleh share;

“Berikanlah kami rezeki yang tidak disangka-sangka setiap hari dan khabar gembira setiap hari. So untuk saya, ini adalah khabar gembira untuk saya dan rezeki yang tidak disangka-sangka, inilah dia,” katanya.

Difahamkan, wakil media Malaysia yang dijemput tahun ini terdiri daripada TV AlHirah, Bernama TV, Astro Awani, UtusanTV dan Utusan Malaysia.

SUMBER: Utusan TV