Bayaran Johan Di Hot FM Cecah RM500,000?
Pelawak dan penyampai radio, Johan tidak memberi komen apabila ditanya mengenai bayaran diterima didakwa mencecah RM500,000 untuk berhijrah ke stesen radio Hot FM.
Memetik Harian Metro, Johan bagaimanapun mengaku dia bekerja untuk mendapatkan duit demi isteri dan anak-anaknya.
BACA: Johan Tekankan Ilmu Tauhid Untuk Anak-Anak
“Soal bayaran saya ‘no comment’. Saya bekerja untuk duit, untuk anak bini saya. Sebelum ini bekerja sendiri, apabila mati saya tak tinggalkan apa-apa, cuma tinggalkan tanah perkuburan saja.
“Jadi, saya memang bekerja untuk duit. Saya memang akan pastikan orang bila dah bayar saya, berbaloi dengan hasil kerja saya.
“Sebab itu saya tak peduli, saya datang dengan ‘barang’ (pengalaman dan pengetahuan) saya, kita buat ini, buat itu. Minta maaf cakap, saya agak tegas dengan AG dan Fafau (Fara Fauzana),” katanya.
Hampir 11 tahun berkhidmat di radio Era, Johan berkata dia tahu bagaimana pun menjadikan perbualan lebih menarik dalam masa sama menarik pendengar.
“Saya pelawak, saya faham macam mana perbualan itu nak bagi menarik. Di mana nak ‘punch line’, siapa nak bawa ‘story’ itu, perkara ini saya bentangkan kepada mereka.
“Mereka adalah penyampai radio, saya satukan sebagai pelawak dengan penyampai radio supaya ia tak bertindih dan ia berjalan lancar,” katanya.
Dalam pada itu, Johan berkata dia menerima tawaran berhijrah itu kerana mahu menjadikan Hot FM stesen radio nombor satu.
“Saya tamat kontrak dengan stesen radio lama pada 30 Jun lalu. Ketika itu saya merancang untuk berehat dahulu dan fokus pada perniagaan dan menguruskan anak-anak.
“Namun, selepas menerima tawaran daripada Hot FM selain mengenangkan hubungan baik yang terjalin antara saya dengan ‘boss’ (Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran yang mana pernah menjadi majikan saya dulu serta beberapa peluang lain, itu saya terima,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
500k sebulan? Wah jutawan laa dj2 kt Msia ni?! Penat bdk2 berlatih sukan dari kecik 5-6 tahun sampai masuk wakil sekolah tp dah besar lom tentu dpt jd jutawan kalau berjaya jd ahli sukan pun! Chong Wei je kt yg mampu jd jutawan tu pun main sampai tua!
Wait kau siapa nak ckp mcm ni?
“Sebab itu saya tak peduli, saya datang dengan ‘barang’ (pengalaman dan pengetahuan) saya, kita buat ini, buat itu. Minta maaf cakap, saya agak tegas dengan AG dan Fafau (Fara Fauzana),” katanya.
Dua dj ni dah ada nama. Kerja dalam team buat cara macam team.
Rm500k tu untuk satu contrak rasanya, contoh 1 tahun.. wallahuaklam
Still kalo kontrak setahun bg 500 ribu makna sebulan 42 ribu gaji dia kau! Gaji PM pun baru 32 ribu je sebulan laa. Tanggungjawab DJ dgn skill keje bkn handle projek mega bilion2 pun nk buat decision! Erkk x logik…
Duit gaji PM tu bukan nilai yg bagus nak tengok. Rumah free. Driver free, makan free, upon appointment dpt juta2, elaun itu ini, duit suap, duit hadiah, dpt bangunan, dpt fly free sana sini, naik private jet, dpt binatang eksotik, gf eksotik, songlap duit lagi, contract pass kat proxy lagi.
Sorry dalama x dgr radio..
dulu si fbi pun gaji monthly cecah ratus k jugak sebulan di hotfm.. pastu berenti, selepas bertahun keja situ… sempat jadi jutawan jugak tu kalau busuk2 kita baca 100k basic.. ?
Duduk membebel dpn mic org bg 40-50 ribu sebulan?! Kita ni keje sampai pencen pegi kursus mcm2 utk up skill dan naik gaji tp nk dpt cecah 8 ribu sebulan pun susah! Tau dulu x sekolah laa dok merapu belajar ckp loyar buruk praktis wt lawak bodoh pastu masuk jek program raja lawak…
Ni aku sukung sangat..komin terbaik di abad ini
Rezeki tempat kerja…tak semua ada peluang dapat majikan yg boleh bayar harga tinggi…stesen radio/tv ni dorg banyak income sbb hari² on iklan…24/7…tak hairan la dorg boleh bayar gaji mahal?
AG dgn FAFAU dah cukup hit. tak perlu JOHAN pun.. plus JOHAN please r.. xpayah nak berlagak dgn “Pengalaman 11 tahun” anda sgt kot
PM negara mana ko tengok ni bang? PM negara malaya dah lebih RM100k sebulan..mungkin cecah RM200k dah campur elaun bagai..tak tengok news ka, tiap kali ada PM baru depa revise gaji depa sendiri..sapa suruh tuka PM banyak kali sangat
yg tulis pun tau mana 500k?? sembang roti canai je
Alhamdulillah rezeki Johan. Rezeki semua orang lain2. Rezeki ni kau belum lahir dah tertulis. Cukup la doakan rezeki orang bertambah InshaAllah rezeki kita pon bertambah. Takda siapa pon yang jamin ada Degree ke PhD ke kerja Government ke private ke dijamin kaya. Yang memberi rezeki tu Tuhan. Macam mana nak maju kalau sentiasa pandang negatif rezeki orang lain?
maaf cakap la aku last dgr radio pagi2 ni masa zaman faizal, khairy… kira zaman dinasour la. skang tak minat lagi sbb dj semua pak lawak. mmg menghiburkan tp tak la nak kena lawak sentiasa, apahal. apa pun wa respect lu bro johan, cakap jujur sbb duit utk anak bini ko. cuma lu cakap cover sikit la, nanti team lu terasa bro. jgn jadi pelawak sorang tu, dah glamour pun masih buat lawak nak kutuk, kenakan org… be matured bro…
Rezeki masing2 yg Allah dh tetapkan.. apa nk dengki2..
sorry gais, saya dah bertahun tak dengar radio, layan spotipai je
Setahun kot…kau ingat 500k sebulan? Boleh bungkus tv 3 tu
Tolak tepi lah dgn lawak syok sendiri si Johan ni tapi apa pun, suka hati majikan dialah nak bayar berapa pun pada staff dia. Dah nama pun stesyen radio, nak projek mega kepala lutut apanya? Revenue dia boleh cover gaji staff dia yg kau nak sibuk kisahkan rezeki org dah kenapa?
Aku pun tak minat DJ mengarut zmn kini. Dulu best! Gila bayar nak setengah juta. Lainlah Johan panjat bangunan buat KL tower. Baik ganti Angkasawan bg ilmu. Ni sampah