Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti Johan dan isterinya, pelakon Ozlynn Wati yang selamat menimang cahaya mata pada Jumaat lalu.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi satu posting di Instagram Era FM yang turut memaparkan foto Johan sedang tidur memegang bayi di atas sofa.


BACA: Johan & Ozlynn Hulur Bantuan Buat Anak Seni, Kru Belakang Tabir

Bagaimanapun, perkongsian tersebut tidak memaklumkan lebih lanjut mengenai jantina anak keenam pasangan selebriti berkenaan.

“Alhamdulillah, isteri Johan selamat melahirkan cahaya mata baru mereka pada 3 September 2021. Semoga ibu dan bayi sihat sentiasa. Selamat berjaga malam buat Johan, ikhlas daripada Team ERA!” tulis kapsyen tersebut.


Perkongsian tersebut mengejutkan para peminat memandangkan pasangan itu tidak pernah berkongsi berita mengenai kehamilan anak keenam itu sebelum ini.

Rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut di atas kehadiran cahaya mata keenam mereka itu.