Johan & Ozlynn Hulur Bantuan Buat Anak Seni, Kru Belakang Tabir
Disaat ada segelintir selebriti didakwa meminta dana khusus buat penggiat seni yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan, namun ada artis secara senyap-senyap terus berbakti kepada masyarakat dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Baru-baru ini, seorang pelakon senior Mohd Nor Bond menerusi Facebook memuji sikap pasangan suami isteri iaitu Johan dan Ozlynn yang menyertai Seniman serta beberapa lagi artis untuk menghulurkan bantuan kepada artis veteran serta pekerja belakang tabir.
BACA: Johan & Ozlynn Nafi Dibayar RM160,000 Berlakon Teater
Pelakon itu mengatakan Johan dan Ozlynn secara peribadi telah menghulurkan sampul wang kepada mereka yang berada disitu termasuklah sukarelawan.
Namun apa yang mengejutkan, setiap daripada mereka menerima RM300 dan jumlah itu bukannya sedikit kerana mereka turut memberikannya kepada ramai orang.
Perkara itu turut dikongsikan oleh Adam Corrie yang memuat naik gambar mereka di Instagram yang terserempak dengan pasukan yang terlibat.
Perkongsian itu mendapat reaksi positif daripada netizen yang memuji tindakan Johan, malah mereka juga mengatakan pelawak itu antara artis yang sangat merendah diri dan tidak pernah menunjuk-nunjuk amal kebajikan yang dilakukannya kepada umum.
- SUMBER
- Ohmymedia
Mcm ni la. Memekak nk dana khas bagai urgh semak knp?
Bawang rangers vs artis…
Mau tersungkur pulak artis lepas ni.
Buat artis yg baca cari.. Sukacita diingatkan.. Bawang rangers malaysia ni tahap elit.. ISRAEL block IP address malaysia tau.. Jangan main2. Pergi bantu.
Nmpk byk yg dah phm B40…berani mau buat prangai…. kena kecam dgn tentera bawang. Huhu
So, boleh list tak siapa yg perlu boycott and siapa yg perlu support (yg diutamakan)..
And hoping that the list stays even after MCO..
haaa camni laa baru salout , jgn hanya tau memekak je kat telegram.
Thumbs up johan & ozlyn..