fbpx

Johan & Ozlynn Nafi Dibayar RM160,000 Berlakon Teater

Baru-baru ini tular mengenai selebriti menerima bayaran sebanyak RM160,000 bagi menjayakan sebuah teater yang akan dipersembahkan tidak lama lagi.

Namun ada pihak mempertikaikan nilai tersebut terlalu tinggi dan difahamkan selebriti tersebut meminta bayaran tinggi kerana mempunyai tanggungan besar.

BACA: “Pengikut Kami Sedih Mak Ayah Tak Ajar Mengaji”

Pelbagai spekulasi timbul, nama pelawak Johan dan isterinya, Ozlynn dikaitkan sebagai selebriti yang menerima bayaran tersebut. Bagaimanapun, Ozlynn menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan ia tuduhan tidak berasas kerana watak yang dibawa mereka hanyalah watak sampingan.

“Kenapa tak tanya pada Janna atau Syafiq? Sebab mereka berdua pelakon utama teater itu. Kami watak sampingan sahaja. Dialog tak banyak. Lagi pun suami saya hanya penyampai radio sahaja.

“Netizen boleh cakap apa sahaja. Kalau mereka cakap begitu, saya anggap ia doa. Mana tahu betul-betul mereka bayar kami RM160,000, ia rezeki anak,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, nama Johan dikiatkan sebagai selebriti yang dibayar RM160,000 bagi membintangi sebuah teater namun ada pihak mempertikaikan nilai tersebut terlalu tinggi dan tidak sesuai dengan bakat lakonan dimiliki pelawak itu.