Lama tak dengar cerita, rupanya sudah lima tahun pelakon Johan As’ari tidak muncul di kaca televisyen. Johan berkata dia tidak tahu mengapa namanya kerap ditolak sebuah stesen televisyen.
Tidak sedih dengan perkara itu, Johan berkata dia sedar bahawa dirinya sudah tidak lagi diperlukan serta beranggapan mungkin dia sudah tidak layak.
BACA: Johan As’ari Dedah Budak Sekolah 15 Tahun Ajak Kahwin
“Saya sedia maklum, stesen TV pun bertukar ganti orang dalamnya. Nama saya kerap ditolak setiap kali dicadangkan produksi. Saya dapat tahu daripada pengurus.
“Tapi saya tak pernah rasa sedih, saya cuma anggap sudah tidak layak, Sayaa dah tak diperlukan lagi oleh stesen TV itu.
“Saya pun tak pernah ambil hati cuma saya sedar diri saya bukan siapa-siapa dah untuk stesen TV,” katanya kepada mStar.
Kata pelakon drama Juvana itu lagi, dia juga tidak menyangka namanya ditolak sedangkan drama lakonanya sebelum ini memberi impak besar.
“Lima tahun saya contribute di stesen TV tersebut, lima tahun macam pisang goreng panas, saya tinggalkan keluarga, banyak masa saya habis di stesen tersebut.
“Tapi saya dapat banyak berita daripada stesen itu menolak saya buta-buta, bulat-bulat. Pada saya masa saya dah tamat,” katanya.