fbpx

Johan As’ari Dedah Budak Sekolah 15 Tahun Ajak Kahwin

Lama sudah tidak kedengaran Johan As’ari dikaitkan dengan mana-mana wanita, bagaimanapun baru-baru ini pelakon itu mendedahkan dia banyak menerima lamaran daripada pengikutnya di laman Instagram mahu menjadikannya calon suami.

Lebih mengejutkan, Johan memaberitahu bukan sahaja wanita dewasa melamarnya malah ada dikalangan pelajar sekolah turut mencuba nasib dan berharap dapat menjalinkan hubungan istimewa dengannya.

BACA: Johan As’ari Hadiahkan al-Quran Buat Kekasih

“Orang biasa ajak kahwin tu biasalah. Tapi ada juga budak sekolah berumur 15 tahun ajak kahwin. Tapi biasalah budak-budak, saya tak layan cuma balas dengan senyuman sahaja.

“Saya anggap itu perkara normal dalam fasa mereka untuk meminati seseorang, nanti apabila dah besar mereka sendiri tahu kawal keinginan. Budak-budak biasalah teruja lebih.

“Saya tak marah atau nasihat mereka sebab takut nanti terasa hati. Bagi saya lebih baik mereka minat artis Malaysia daripada gilakan artis luar dan buat benda lain yang salah,” katanya kepada mStar Online.

Berkongsikan mengenai kerjaya seninya, Johan mengakui berdepan cabaran dalam mengekalkan kariernya selepas hampir 10 tahun bergelar anak seni. Ujarnya dia perlu bijak mempromosikan diri memandangkan ramai muka baru berbakat besar.

“Saya tak rasa diri saya popular tapi saya akui sejak tahun 2013 selama lima tahun kerjaya saya berada di kemuncak. Saya terima pelbagai tawaran back to back dari semua televisyen.

“Lima tahun pertama saya umpama pisang goerang panas dan selepas itu tawaran semakin perlahan. Benarlah kata Datuk Rosyam Nor, saya kena rangka perancangan untuk terus kekal dalam industri,” katanya.