Johan As’Ari: Saya Tak Serik Bercinta Sesama Artis

Bakal menerima dengan redha jodoh yang dikurniakan kepadanya, pelakon Johan As’ari dalam masa yang sama juga mengakui bahawa dia tidak pernah serik untuk menjalin cinta sesama rakan selebriti.

BACA: Johan As’ari Mempersiapkan Diri Untuk Berkahwin?

“Saya tidak akan serik untuk bercinta sesama artis seandainya ditakdirkan untuk berkahwin dengan rakan seperjuangan. Siapa saya untuk menolak suratan takdir? Saya menerima dengan hati terbuka walau siapa pun jodoh saya”

“Kisah lalu akan saya jadikan pedoman bagi memperbaiki diri saya ke arah yang lebih baik. Namun buat masa ini fokus saya hanya kepada kerjaya seni semata-mata,” jelas pelakon yang pernah menuntu ilmu agama di India dan juga Bangladesh ini kepada BH Online.

Buat Johan, semoga apa yang dirancang dapat dicapai dan dijodohkan bersama pasangan yang secocok. Bukan mudah untuk mengharungi kehidupan yang menjadi tumpuan. (rtky/s)

×