Johan As'ari Doakan Lana Nodin Bahagia Bersama Bakal Suami
Pernah menjalinkan hubungan cinta bersama Lana Nodin satu ketika dahulu, Johan As’ari mengakui dia turut berasa gembira dengan perkhabaran bahawa Lana akan berkahwin Mei ini malah pelakon ini juga menyatakan dia mendoakan mereka (Lana dan bakal suami) akan menemui kebahagiaan sehingga ke akhir hayat.
BACA: Ibu Johan As’ari Kini Diserang Strok, Mohon Doa Peminat
“Saya mendapat tahu tentang berita Lana bakal berkahwin daripada laporan media dan sebagai lelaki yang pernah rapat dengannya saya gembira dengan berita itu kerana dia menemui cinta sejatinya. Saya sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan berharap Lana akan bahagia bersama lelaki pilihannya sehingga ke akhir hayat,” katanya ketika dihubungi mStar Online semalam.
Walaupun perhubungan mereka terputus di tengah jalan namun pelakon ini menjelaskan dia tidak pernah menyimpan dendam atau benci terhadap Lana sebaliknya menganggap kehadiran wanita itu banyak mengajarnya mengenai erti kehidupan.
“Lana adalah seorang wanita yang baik dan sepanjang mengenalinya dia banyak mengajar saya tentang cara untuk memahami kaum wanita dengan lebih baik. Meskipun tiada jodoh diantara kami itu bukan bererti saya perlu membencinya kerana dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya,” katanya. (rtky/syfq)
Knp kau yg ckp takda simpan dendam @ benci? Bukan ko yg mainkan lana ke… looooser… jantan nak perhatian. Muka cam samseng, ada hati nak jadi kasanova.. phuiiii
tak hensem mana pun si johan ni. entah mcm mana boleh lepas jadi pelakon.
ambik kau….last2 Lana cekup mat salleh buat laki. Yg ko, muka jawa berangan jadi playboy. Padan muka…hahahahaa.
si johan ni anak datuk..bapa dia bnyk duit nak byr pengarah ambik die blakon..
That guy is wayyyyy much better than this one.
saya tertarik lakonan johan sebagai orang alim dalam drama taubat diastro. lakonan dia okay juga cuma tak de job sangat untuk dia. berilah lebih padanya, lakonan nya boleh diasahkan lagi.
NASIB BAIK JOHAN TAK KAWIN DENGAN LANA.