Ibu Diserang Strok Kali Keempat, Johan As'ari Mohon Doa Peminat
Ibu kepada pelakon Johan As’ari iaitu Datin Firdaus Abdul Kader, 58, diserang penyakit strok (angin ahmar) kira-kira pukul 12 tengah hari, Jumaat di kediamannya di Subang Jaya dekat sini. Menurut Johan, ketika itu dia sedang bersiap-siap untuk menunaikan solat Jumaat sebelum ibunya tiba-tiba rebah ketika sedang berehat di ruang tamu.
BACA: Muat Naik Gambar Bersama Di Instagram, Johan As’ari Rindu Shila Amzah?
“Sebenarnya ini bukan kali pertama ibu mengalami serangan strok kerana sebelum ini dia pernah tiga kali diserang penyakit sama tetapi hanya mild strok (strok ringan) dan kembali pulih seperti sedia kala. Ini adalah kejadian kali keempat tetapi saya berasa sedih kerana keadaannya agak membimbangkan berbanding sebelum ini,” katanya.
Jelas Johan, semasa ibunya rebah dia dan adiknya segera memapah dan membawa wanita berkenaan ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan di unit kecemasan. Menurut pelakon ini, dia sedang menunggu laporan daripada doktor untuk mengetahui situasi penyakit ibunya itu.
“Resah hati saya hanya Allah yang tahu kerana kali ini keadaan ibu agak teruk. Doktor telah memindahkan ibu daripada wad kecemasan biasa ke ‘bilik merah’ selain tidak membenarkan kami untuk berada dalam wad buat masa ini,” jelasnya yang sebak menceritakan situasi itu.
Sementara itu, Johan berkata, dia berharap peminat dapat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan ibunya agar wanita berkenaan kembali sihat seperti sedia kala dan tambahnya bahagian kiri badan ibunya tidak memberi respons selain tidak bermaya untuk bercakap.
“Ibu adalah nyawa saya dan luluh hati saya melihatnya dalam keadaan begitu. Saya harap peminat dapat sama-sama mendoakan kesejahteraannya agar beliau kembali sihat,” katanya. Kami faham apa yang sedang dilalui oleh Johan ketika ini. Semoga ibu Johan ceoat sembuh hendaknya. (rtky/syfq)
agak2 sikit ayat ko tu.. bab2 mak bapak orang jangan buat main.. pasal kesihatan mak dia plak tu.. kena batang hidung sendiri, padan muka ko..
Tu org tak sekolah punya komen. Klao sekolah pun upsr tak lepas agaknya. Akal letak di tempurung lutut.
Zulaika org yg sama atau sama spesis ngan norhafizah mohd nor kot.
Nama betul mungkin tak,tp mungkin diorang guna nama org yg diorang benci.
Kesian korang. Tak cukup kasih sayang
Tehehehe
Astaghfirullah…mulut jgn jht dik…
Mungkin pasni mak johan sedar judge org sblm kenal x bagus..sume manusia sama darjat disisi allah..muhasabah diri..insyaallah
aku x minat dia but i dont think you should say that.. aku rasa johan je yg playboy mak dia cuma masa tu nakkan bakal menantu yg lebih baik – standard la mak…
Betul tu bab sakit Dan mak bapak ni bukan bahan utk buat lawak binatang pun ada perasaan.. Kalau manusia yg mcm ni tak tahu la nak gelar APA lg.. Apa2 pun utk IBU Johan semoga cepat sembuh .. Amin.
Amboiiii… Kalau org cakap dekat mak Dan ayah ko camne bila dia org sakit..
kenapa permpuan tu komen mcm tu ya..
ini hal sakit.
strok penyakit yg kritikal.
sebaik nya doa lah yg baik2.
kita kan org2 islam.
berkata lah yg baik2.
gila betul pmpuan atas ni, tak adaotak ke?